5 Aplikasi Yang Korang Patut Download Kalau Korang Ada Anak Kecil! Berguna Sangat!

Anak-anak korang mesti bosan dah dengan video-video dekat Youtube tu kan? Penat korang download itu ini tapi diorang tak nak tengok pun.. Lepas tu korang pun risau jugak kalau diorang asyik tengok kartun dan video-video yang bukan ilmiah dekat Youtube tu kan? Nak suruh diorang tengok video yang ilmiah mesti susah sebab takut diorang cepat bosan..

Sebab tu korang kena pelbagaikan video tu. Ataupun, download aplikasi yang berbeza-beza untuk pilihan si manja. Kalau buntu tak tahu aplikasi mana yang bagus, korang boleh baca kat bawah ni! Semua aplikasi ni dapat rate 4 bintang ke atas tau!

Belajar ABC dekat mana-mana pun boleh!

Aplikasi ini takde iklan tau! So bestlah anak-anak korang boleh bermain secara ilmiah. Lagi satu, bila kanak-kanak buat ABC tu, ia bukan sekadar sambung dot dot tapi ada warna-warni dan sparkles yang boleh buat kanak-kanak excited nak main! Lebih 37 ribu orang download aplikasi ni!

Satu apps ada banyak cerita! Tak payah download banyak-banyak apps dah!

Dekat PBS Kids Video ni korang akan jumpa pelbagai  rancangan kanak-kanak. Antaranya ialah Daniel Tiger’s Neighborhood, Wild Kratts, Odd Squad, Dinosaur Train dan macam-macam lagi! Jadi, takdelah asyik tengok satu rancangan je!

Ada pelbagai jenis berus, nak warnalah!

Coloring Book for Creative Kids merupakan salah satu aplikasi kanak-kanak terbaru tau! Kalau korang pernah download aplikasi ColorMe, apps ini direka seakan-akan ColourMe tapi lagi mudah! Ada pelbagai jenis berus dan warna yang kanak-kanak boleh pilih. Ia bagus untuk merangsang minda bayi dan jadikan mereka lebih fokus!

Boleh belajar Matematik, bentuk, puzzle & banyak lagi!

Dalam apps Intellijoy ni, dia rangkumkan semua apps yang korang nak download. Tak payah susah-susah nak cari dah. Kebanyakkan apps yang disenaraikan tu free tau! Ada apps belajar matematik, bentuk, binatang, untuk kanak-kanak pra-sekolah dan banyak lagi!

Lukis-lukis dengan warna neon! Wahhhh!

Melukis dan mewarna dengan warna neon dengan aplikasi Kids Doodle! Kanak-kanak akan melukis berlatar belakangkan warna hitam yang membuatkan warna neon tu jadi sangat menonjol! Anak korang mesti excited bila main game ni sebab lepas lukis, korang boleh save dan akan dijadikan slide show nanti! Bukan tu je, ada 24 jenis berus termasuklah krayon! Aplikasi gempak ini juga percuma!

Menarik betul apps-apps ni! Tapi lagi best kalau main guna screen yang besarkan?

Semua aplikasi ni korang boleh dapatkan di Google PLAYSTORE tau! Hanya download je semua aplikasi ni, sure seronoklah anak-anak korang! Tapi, kalau yang guna tu kanak-kanak mesti diorang tak puas main kat screen kecik. Lagi-lagi bila main yang berkaitan dengan mewarna. Ha susah nak warna gambar yang kecik-kecik tu.

Sebab tu korang kena gunakan tab terbaru dari Samsung iaitu Galaxy Tab A 10.5 ni! Dengan screen sebesar 10.5’/16:10, memang seronok kalau mewarna! Selain itu, Tab ni dilengkapi dengan Quad Speakers dan Dolby Atmos!

Audio pula akan dipancarkan melalui speaker yang bersesuaian mengikut tahap pendengaran bila korang pusingkan tablet tu. Ha power kan? So kalau korang rotate macam mana pun, audio tu still lagi sedap didengar.

Galaxy Tab A 10.5 ni siap ada kids mode tau! Dengan Kids Mode ni, korang boleh set limit berapa lama anak korang main tab tu! So korang jangan risau kalau anak korang termesej orang time diorang guna tab tu!

Tambahan lagi, kids mode di Galaxy Tab A 10.5 ni dilengkapi dengan apps LEGO, Warner Bros, Filimundus dan Toca Boca! Selalunya apps-apps ni kena bayar tau sampai Galaxy Tab A 10.5 ni dia kasi free je, build in!

Fungsinya yang pelbagai dan juga family friendly membuatkan Galaxy Tab A 10.5 ini sangat sesuai untuk digunakan oleh semua lapisan umur! Bukan sahaja anak-anak, tapi ibu bapa pun boleh guna untuk urusan pejabat!

Kalau korang beli Galaxy Tab A 10.5 sekarang, ada promosi pek pengecas bateri percuma pulak tu!

Maklumat lanjut korang boleh klik di sini!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment