Perhatikan setiap tanda atau perubahan kecil yang berlaku pada anak anda. Ini kerana setiap tanda itu dapat membantu menyelamatkan nyawa mereka. Jangan tunggu sehingga sesuatu yang besar berlaku. Kenali tanda awal dan simptom kanser kanak-kanak dari segi fizikal.
Perubahan Fizikal
- Terdapat benjolan luar biasa atau bengkak dengan ukuran diameter yang lebih daripada dua centimeter.
- Wajah pucat dan penat tanpa sebarang sebab
- Penurunan berat badan secara tiba-tiba
- Muncul kesan lebam di badan secara tiba-tiba
- Perubahan pada bahagian mata, mata hitam bertukar putih, kehilangan visual, lebam dan bengkak di sekita mata.
Simptom Fizikal
- Sakit kepala yang berlaku secara berterusan pada waktu pagi dan semakin teruk sepanjang hari.
- Demam berpanjangan tanpa sebab yang boleh dikenalpasti selama lebih dari dua minggu
- Pening, hilang keseimbangan dan koordinasi badan.
- Sakit tulang berpanjangan selama lebih dari dua minggu, selalunya diikuti dengan pembengkakan di kawasan tersebut
Mitos Dan Fakta Tentang Kanser Kanak-Kanak
Mitos: Kanser kanak-kanak adalah diwariskan
Fakta: Tiada sebab yang diketahui untuk kebanyakan kanser kanak-kanak
Mitos: Kanser kanak-kanak boleh menyebabkan kematian
Fakta: Kebanyakan kanser kanak-kanak boleh dirawat.
Mitos: Kanak-kanak yang menghidap kanser akan kehilangan dorongan untuk teruskan hidup
Fakta: Kanak-kanak yang menghidap kanser boleh meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak biasa
Mitos: Semua tumor adalah kanser
Fakta: Sesetengah tumor tidak diklasifikasikan sebagai kanser
The post 4 Tanda Awal Dan Simptom Fizikal Kanser Kanak-Kanak appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment