Berita baik buat semua pengguna di Malaysia, anda semua kini boleh menonton rancangan-rancangan menarik seperti drama, filem dan banyak lagi secara percuma di tonton. Tiada lagi yuran langganan seperti sebelum ini! Boleh lah tonton drama kegemaran korang puas-puas!
Menurut Kumpulan Media Prima, ianya sejajar dengan strategi transformasi perniagaan untuk meningkatkan hasil melalui pengiklanan programatik, iaitu salah satu segmen pendapatan digital yang paling pesat berkembang.
Capai lebih ramai penonton
Ini berikutan pengumuman Media Prima untuk menggabungkan semua kandungan video dalam talian yang menggunakan perkhidmatan ‘YouTube’s Player for Publisher’. Sebagai ganti, langganan tahunan tonton model penstriman video-atas-permintaan (“VOD”) akan berakhir pada 31 Ogos 2018.
Ini bermakna semua pengguna yang melanggan tonton VIP (pakej langganan berbayar tonton) pada tahun 2018 akan dibayar balik secara prorata dalam masa 90 hari.
Langkah ini sekaligus membolehkan tonton menjangkau lebih ramai khalayak dan mengurangkan kos dengan memasukkan pemain video YouTube dan Daily Motion pada laman web dan platform mudah alihnya. Ia juga turut membolehkan tonton menjana pendapatan yang lebih mampan melalui pengiklanan programatik yang dilihat oleh penganalisis industri sebagai alat yang paling berkesan untuk para pengiklan menyasarkan khalayak yang tepat untuk kempen mereka.
Strategi terbaik
Ketua Pegawai Eksekutif MPTN, Johan Ishak, berkata Model langganan VOD belum lagi matang di Malaysia dan selepas kajian yang teliti dilakukan, MPTN memutuskan bahawa pendemokrasian kandungan tonton melalui pelbagai platform adalah strategi yang terbaik untuk mencapai potensi penuh mereka.
Ini akan memberi manfaat kepada semua dan ia membolehkan Media Prima mencapai lebih ramai khalayak. Manakala para pengguna yang sudah biasa dengan platform Youtube dan Daily Motion pula berpeluang untuk menonton rancangan kegemaran mereka sepuas-puasnya.
Diperkenalkan pada tahun 2010, tonton merupakan perkhidmatan penstriman VOD pertama di Malaysia yang menawarkan drama, aneka rancangan, filem, ‘telemovie’, program hiburan, dan acara serta program televisyen secara ‘live’ yang terbaik di Asia dan antarabangsa. Populariti platform itu meningkat kepada lebih 8.4 juta pengguna berdaftar dengan kadar pertumbuhan sebanyak 20,000 pengguna setiap minggu.
0 comments :
Post a Comment