Kontroversi Foto Peluk Zarina Anjoulie, Ismail Izzani Mohon Maaf

Kecoh di Instagram apabila pelakon Fathia Latiff memuatnaik foto rakan baiknya Zarina Anjoulie yang dipeluk penyanyi muda Ismail Izzani. Foto diletakkan kapsyen ‘@ismailizzani call her now’ oleh Fathia. Kedua-dua Fathia dan Zarina sebelum ini banyak berseloroh antara satu sama lain menerusi IG mereka walaupun kelihatan kasar namun mereka tetap berkawan baik.

Foto berkenaan menerima kecaman hebat netizen yang beranggapan kelakuan mereka tidak sopan apatah lagi Zarina merupakan seorang Muslimah bertudung.

Sudah mohon maaf, kesal

Menurut Mstar Online, Ismail menerusi pengurusnya telah meminta maaf kepada pihak sepatutnya atas keterlanjuran yang berlaku. Penyanyi Luar Biasa ini turut meluahkan rasa kesal dengan kejadian itu.

Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan keluarganya.

Beliau kesal dan Insyaallah kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek. Lagi-lagi pada waktu sukar seperti begini.

Foto telah dipadamkan Fathia

Usaha untuk mendapatkan komen dari Ismail sendiri tidak berhasil apabila dia tidak mengangkat panggilan telefon oleh pihak portal berita itu.

Foto berkenaan bagaimanapun telah dipadamkan oleh Fathia di Instagramnya namun telah tersebar di pelbagai laman sosial lain seperti Facebook dan Twitter.

Sumber: Mstar Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment