Isteri Lebih Tertekan Dengan Suami Daripada Anak Sendiri?

Percaya atau tidak, isteri sebenarnya lebih tertekan dengan suami berbanding dengan anak? Sebaik sahaja seorang wanita itu masuk ke dalam alam perkahwinan, tugasannya akan bertambah terutama sekali jika ia melibatkan anak. Anda cuba untuk menjadi isteri yang setia, tukang masak yang handal, ibu yang penyayang dan banyak lagi dan anda cuba untuk jadi yang terbaik bukan sahaja di tempat kerja bahkan di rumah anda setiap hari. Jadi, tidak hairanlah wanita berasa tertekan sepanjang masa.

Suami Punca Tekanan Isteri?

 

Tekanan yang dialami wanita bukanlah hanya kerana tugas harian tetapi salah satu puncanya adalah suami. Kebanyakan wanita merasakan pasangan mereka (suami) seperti kanak-kanak bukan seperti pasangan yang setaraf dengan mereka. Benarkah suami buat isteri lebih tertekan? Dalam perhubungan, wanita lebih banyak memegang peranan sebagai guru, tukang masak, pembantu rumah, doktor, perancang acara, pemandu, penganjur dan banyak lagi. Secara luarannya, wanita yang bergelar ibu dan isteri ini mungkin kelihatan seperti superwoman, tetapi hakikatnya ia jauh daripada itu. Sebenarnya wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak lebih cepat berasa penat sehingga ia boleh menjejaskan kerja dan kehidupan mereka.

The post Isteri Lebih Tertekan Dengan Suami Daripada Anak Sendiri? appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment