Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, jenama ubat gigi terkenal, Darlie mengambil langkah kreatif menggabungkannya bendera Malaysia pada logo produk itu. Menerusi langkah ini, Darlie yakin ianya sebagai satu cara mereka bersatu hati dengan rakyat Malaysia dalam menunjukkan semangat yang sama mencintai Malaysia
Darlie memahami setiap individu itu adalah unik dan berbeza tetapi dengan kempen ini, Darlie berharap untuk mengukir senyuman di setiap rakyat Malaysia sambil menyatukan kita semua. Bertemakan “Senyuman Kita Berbeza, Semangat Kita Sama”, iklan digital ini akan disiarkan di enam lokasi utama di sekitar Lembah Klang bermula 27 – 31 Ogos 2018.
Menurut Melissa Wong, Pengarah Pemasaran Hawley & Hazel Marketing (M) Sdn. Bhd, usaha ini secara tak langsung menyemarakkan lagi semangat patriotik lebih-lebih lagi sempena Hari Kebangsaan ini.
Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan sisi jenama Darlie yang lebih segar bagi mengukuhkan lagi kehadiran jenama ini di kalangan rakyat Malaysia.
Darlie percaya senyuman boleh mempamerkan keyakinan diri dan aspek diri yang terbaik. Dengan keyakinan, anda akan lebih positif serta menjalin hubungan yang baik dengan orang sekeliling anda. Jadi, kami amat berharap iklan digital ini akan menarik minat orang ramai serta menyemarakkan semangat patriotik lebih-lebih lagi sempena Hari Kebangsaan ini.
Darlie sebagai salah satu jenama penjagaan gigi yang ternama di Malaysia, bertujuan untuk memberi semua rakyat Malaysia gigi sihat dan mulut segar dengan menawarkan produk yang berkualiti dan inovatif untuk memenuhi perubahan keperluan setiap individu. Darlie juga percaya senyuman yang cantik membolehkan anda akan tampil lebih yakin untuk menjalinkan hubungan dengan orang di samping kita, walau di mana saja anda berada.
Untuk maklumat lanjut mengenai Darlie ataupun kempen ini, sila layari http://www.darlie.com.my.
0 comments :
Post a Comment