Tengah Cari Masa Yang Sesuai Nak Beli Kereta Ke Tu? Apa Kata Tengok Promosi Dari Honda Ni!

Hujung tahun je mesti korang dah start plan nak bercuti dekat mana, pakej holiday mana yang paling best untuk anak-anak kan? Lepastu dah plan mesti lah korang kena pastikan kereta korang tip-top! Nak drive smooth je dan selesa. so korang kena lah servis kereta korang tu!

Kalau tak servis kereta, bahaya tau. Sebab tulah Honda nak kasi korang baucar servis percuma!

Beli kereta, dapat baucar servis kereta!

Kereta jenama Honda ni tak dinafikan memang menarik! Reka bentuk yang menarik, enjin mantap, seat dia kalau drive memang sangat selesa!

Admin minat betul kereta Honda Civic baru tu, fuhh merecik tengok. Lampu pun dah cantik!

Ha! Apa lagi guys, tukar kereta lah tahun ni! Lagi-lagi sekarang ni kalau korang beli kereta Honda, korang dapat baucar servis kereta percuma tau. Jadi tak payah nak serabut fikir macam mana nak servis, apa yang nak kena servis, berapa RM nak sediakan. Guna baucar je!

Beraya dengan Honda ni lain tau. Bawak kereta balik kampung tak rasa pun penat, tiba-tiba dah sampai. Boot pun besar, nak letak 3 luggage pun muat. Wah, wahh.. nak bawak satu almari pun tak apa!

Semua model kereta ke atau kereta tertentu je?

Semua kereta guys! Korang beli lah kereta apa pun semua dapat servis baucar ni! Tapi, tempoh pembelian bermula dari 1 Julai hingga 31 Julai je tau. Korang kena lah beli kereta time ada promosi ni, baru dapat servis baucar!

Time holiday ni, kita kenalah pandai berbelanja. Contohnya, beli barang masa promosi, atapun yang ada free gift. Baru best!

Apa istimewanya kereta jenama Honda ni?

  • Teknologi yang hebat tapi masih mampu milik

Betul tu, teknologi yang digunakan Honda Malaysia memang sangat sangat advance tapi jangan risau, harga yang ditawarkan masih boleh dimiliki! Kereta Honda Type R ni memang tak rugi beli tau, harga pun bawah RM85K!

Bukan tu je, kereta ni juga jimat minyak, 25km/liter! Tambah pula dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC memang kasi kuasa yang padu dekat kereta korang. Siap ada gear sport mode dan paddle shifter!

  • Turbocharged engine:

Honda sememangnya dikenali dengan enjin mereka yang hebat, lebih-lebih lagi enjin 1.5L VTEC Turbo baru dengan transmisi CVT tu Fuh! Kalau korang nak tahu, enjin 1,498 cc itu mempunyai kuasa seperti enjin 2.4 liter dengan penggunaan minyak seperti enjin 1.8 liter.

Kelajuan maksimum Honda Civic 1.5 VTEC Turbo ialah 200 km/j dan capaian dari pegun hingga 100 km/j mengambil masa 8.2 saat.

Senang cerita Honda ni memang tip top dari enjin, ke reka bentuk luaran dan dalaman hinggalah ke lampu depan dan belakang. Kalau malam-malam tu, tak payah tengok betul-betul, tengok lampu belakang je dah boleh cam tu kereta Honda. Lagi best sebab enjin dia boleh start dari luar!!

Jangan risau, sistem keselamatan yang disediakan juga hebat tau! Sesetengah model Honda dilengkapi dengan Honda SENSING, teknologi keselamatan terkini yang canggih!

Teknologi ini dapat membantu untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko kemalangan menjadikan kereta ini lebih meyakinkan untuk dipandu. Contohnya, kereta ni akan brek secara automatik kalau ada objek dihadapan atau kereta korang terkeluar ke bahu jalan ketika kecemasan. Power kan?!

Kadang-kadang kalau korang drive jauh sangat korang mesti letih dan mengantuk jadi sistem ini sangat-sangat membantu!

Ada lagi, untuk kemudahan traffic jem pula, kenderaan dengan Honda SENSING boleh bergerak dan berhenti dengan sendiri tanpa perlu tekan brek atau minyak! WOW!Canggih betul. Tak lengguh dah kaki korang lepas ni!

Klik sini untuk maklumat lanjut mengenai Honda SENSING ni!

 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ni, korang boleh klik kat sini!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment