PENYEGAR VERSUS ESEN WAJAH

Esen wajah kini menjadi salah satu item wajib dalam rejim kecantikan. K-Beauty dikatakan antara yang terawal memperkenalkan esen wajah ini.

Maka tidak hairanlah, rejim kecantikan mereka selalunya akan mempunyai enam hingga lapan langkah yang harus diamalkan setiap hari. Namun, masih ramai yang keliru apakah fungsi sebenar esen wajah dan bagaimanakah ia berbeza daripada penyegar dan serum.

Apakah perbezaan di antara penyegar dan esen wajah?

Penyegar

  • Penyegar wajah berfungsi untuk menutup, mengecilkan liang pori dan menyingkirkan sebum berlebihan selepas langkah membersihkan wajah.
  • Teksturnya lebih cair berbanding esen wajah.
  • Mengimbangi kadar PH kulit anda.
  • Membantu menanggalkan sisa solekan yang masih melekat biarpun sudah membersihkan wajah.

Cara menggunakan penyegar: Tuangkan penyegar pada kapas wajah. Kemudian, sapukan pada wajah dengan rata. Biarkan ia seketika. Disebabkan teksturnya yang ringan, ia mudah menyerap ke dalam lapisan kulit dengan cepat. Pastikan ia kering terlebih dahulu sebelum mengaplikasikan pelembap.

Esen Wajah

  • Tekstur yang lebih pekat, namun tidak melekit dan berminyak.
  • Berfungsi sebagai rawatan khusus pada kulit.
  • Bertindak sebagai agen pelembap tambahan pada lapisan kulit agar kekal lembap dan berseri.

Cara menggunakan esen: Tuangkan esen pada tapak tangan. Ia sangat disarankan untuk menggunakan tangan berbading kapas. Ini kerana tangan anda mempunyai haba semulajadi yang bagus untuk membuatkan cecair bersatu dengan lapisan kulit wajah. Hanya tepuk dengan lembut pada keseluruhan wajah. Tunggu sehingga ia kering.

The post PENYEGAR VERSUS ESEN WAJAH appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment