Nivea Didik Remaja Tentang Penjagaan Diri Menerusi Kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’

Remaja yang sedang melalui fasa akil baligh pasti akan mengalami perubahan ketara termasuk dari segi suara, emosi dan fizikal. Antara perubahan terbesar yang perlu dihadapi adalah peluh berlebihan yang berpunca daripada kelenjar apokrin yang terletak di bawah lengan. Apabila peluh ini bergabung dengan bakteria pada kulit, ia boleh menyebabkan masalah bau badan. Ada sesetengah daripada remaja yang tidak menyedari bau badan ini dan ini akan menyebabkan ketidakselesaan pada orang yang berada di sekeliling mereka.

NIVEA

Remaja perlu dibekalkan dengan pengetahuan tentang penjagaan diri yagn baik supaya mereka dapat mengatasi masalah peluh dan bau badan dengan betul. Jika mereka dilengkapi dengan pengetahuan ini, sudah pasti mereka dapat menempuhi fasa yang sememangnya sukar dari segi fizikal dan sosial. Memahami keperluan remaja kini, Nivea telah tampil dengan kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ yang bertujuan untuk mendidik pelajar sekolah menengah di seluruh negara, cara untuk memupuk tabiat penjagaan diri terbaik.

Kempen jangka panjang ini akan membabitkan sebuah pasukan khas yang akan melawat sekolah menengah di bandar utama Malaysia. Dalam setiap lawatan yang diadakan, mereka akan berkongsi sebuah ceramah selama 45 minit yang akan meliputi aspek utama kebersihan diri termasuklah penjagaan bawah lengan dan dandanan diri.

Kempen ini turut tampil dengan lagunya tersendiri yang bertajuk ‘Langkah Berkeyakinan.’ Dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Khai Bahar dan Nabila Razali, lagu yang disampaikan secara interaktif ini bertujuan untuk mendidik pelajar tentang penjagaan diri di bahagian bawah lengan.

Para pelajar boleh menyertai kempen ini dengan mengambil bahagian dalam pertandingan muzik video ‘Penjagaan Diri Terbaek’ Nivea dan berkongsi video mereka di platform digital seperti Facebook dan Instagram. Mereka hanya perlu muat naik video ‘Langkah Berkeyakinan’ NIVEA mengikut kreativiti masing-masing atau menggunakan aplikasi kongsian muzik popular seperti Musical.ly, Tik Tok and Smule, dan kongsikannya di akaun media sosial mereka menggunakan hashtag #myNIVEA and #LangkahBerkeyakinan. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook rasmi NIVEA dan NIVEA Men.

NIVEA Pearl & Beauty dan NIVEA MEN Cool Powder kini boleh didapati di semua kedai dan farmasi utama di seluruh negara dalam bentuk botol bebuli (roll-on) 50ml dan botol semburan (spray) 150ml dengan harga yang disyorkan RM10.66 dan RM16.51 (Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak).

Ikuti Facebook Rasmi Nivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ Nivea dan pertandingan muzik video. Untuk maklumat lanjut tentang produk Nivea, sila layari laman sesawang rasmi Nivea.

The post Nivea Didik Remaja Tentang Penjagaan Diri Menerusi Kempen ‘Penjagaan Diri Terbaek’ appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment