‘Huk Aloh, Lari La Pulok..’

Isu lelaki berusia 41 tahun berkahwin dengan gadis berusia 11 tahun nampaknya sehingga kini menjadi perbualan netizen terutamanya di sosial media. Kita juga sudah mendengar pelbagai versi kenyataan dari beberapa individu. Terbaru, lelaki yang mengahwini gadis itu ingin mengambil tindakan undang-undang tutup malu. Selepas itu, Berita Harian melaporkan bahawa lelaki itu telah melarikan diri apabila pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin bertemu dengannya.

Larikan diri?

Terbaru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bahawa lelaki berusia 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan telah melarikan diri selepas pegawai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin berjumpa dengannya.

Sementara itu, Wan Azizah turut berkata abang sulung kepada gadis berusia 11 tahun itu mungkin menghadapi tekanan kerana kesempitan hidup serta peluang kerja sehingga terpaksa merelakan adiknya berkahwin.

Terdahulu, lelaki itu ingin mengambil tindakan undang-undang malu selepas kecaman yang diterima dari sosial media. Baginya cacian serta fitnah dilemparkan amat keterlaluan.

Sumber: Berita Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment