Bermula 1 Januari, Semua Agensi Kerajaan Wajib Ada Taska

Menjelang Januari tahun hadapan, semua agensi dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menwujudkan Taska di tempat kerja masing-masing.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, keutamaan ini diberikan kepada agensi kerajaan kerana ia membabitkan kerja secara syif.

Tambahnya lagi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ingin bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan agar taska ini dapat diwujudkan di sekolah untuk memberikan kemudahan kepada guru yang berkhidmat di sekolah berkenaan.

Taska

Gambar: Shutterstock

Selain itu, satu jawatankuasa khas akan turut diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan pusat taska di seluruh negara.

Menurut Datuk Seri Dr Wan Azizah, jawatan kuasa khas itu akan mempunyai peranan yang spesifik dalam usaha untuk mengurangkan insiden berkaitan dan ini termasuklah mengkaji tahap keberkesanan pusat taska itu.

Antara tugas jawatankuasa ini adalah mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk sebarang kes salah laku berkaitan dan mengkaji kos terlibat dalam pengurusan pusat asuhan kanak-kanak.

Kementerian juga akan melihat keperluan untuk menyediakan aplikasi bagi memudahkan pengasuh atau masyarakat untuk mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingin berlaku pada kanak-kanak yang dijaga.

Isu pemasangan kamera litar tertutup atau CCTV pula akan dikaji semula oleh kementerian dengan melihat mekanisme sesuai sebelum dikemukan kepada perdana menteri dan kabinet.

The post Bermula 1 Januari, Semua Agensi Kerajaan Wajib Ada Taska appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment