5 Resepi Dessert Untuk Tea-Time Setanding Kafe Hipster, Senang Pun Senang!

Siapa yang tak suka pencuci mulut? Tidak hanya dinikmati dengan kafe-kafe hipster dengan teh atau kopi mahal, malahan hidangan ini juga menjadi juadah dijamukan kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Namun, kadangkala rasa pemanis ini tidak menepati harganya yang mahal, jadi apa salahnya korang cuba sendiri membuatnya, lebih murah dan makan pun puas hati!

Kami kongsikan resepi kek yang boleh dicuba dan confirm jadi untuk baker amatur atau sesiapa sahaja!

Kek Lobak

Siapa tak teruja menikmati kek dengan cebisan lobak dalam setiap suapan. Memang layan beb! Ditambah pula dengan lapisan cream cheese di atasnya, memang cukup lengkap segala rasa. Jangan ingat lobak merah enak jadi sayur campur saja tahu, buat kek pun sedap, tak percaya, cubalah!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kek-lobak

Coklat Bertih Beras

Kalau dalam kemusykilan, pilih apa sahaja berasaskan coklat! Senang cerita sebab hampir semua orang menggemari manisan berperisa coklat. Apatah lagi coklat bertih beras tentunya ‘terangkat’ dan tak boleh berhenti mengunyah. Sedar-sedar habis sepiring! Caranya pun senang, anak-anak pun tentu suka.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/coklat-bertih-beras

Puding Roti Laici

Bosan dengan puding roti biasa? Apa kata masukkan laici untuk menambahkan kelainan dalam hidangan ini, tak adalah plain sangat nanti. Siapa sangka laici tin yang selalu dijadikan minuman ini sebenarnya sedap juga disatukan dalam puding roti.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/puding-roti-laici

Kek Epal Hijau

Buat mereka yang kurang menggemari kek yang terlalu manis, kek epal pasti menjadi pilihan korang. Rasa masam manis epal hijau dapat pula gigit hirisannya, memang lain dari yang lain. Tak adalah bosan kan? Enak sungguh dimakan dengan secawan teh di petang hari.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kek-epal-hijau 

Kek Buah Kukus Manja

Siapa yang boleh menolak jika dihulurkan kek buah? Anak kecil, warga tua atau muda, semuanya pasti menyukai kek ini, apatah lagi versi kek buah kukus. Lembap dan kaya dengan campuran buah-buahan campuran ditambah rasa karamel, memang tak cukup sepotong!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/kek-buah-kukus-manja

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment