The Moscow Circus Bakal Menggegar Malaysia Selama Lapan Bulan

Buat pertma kali, tradisi sarkas Rusia yang dikenali di seluruh dunia bakal menggegarkan Malaysia sepanjang kembara selama lapan bulan di seluruh negara yang turut menampilkan pelbagai aksi mempesona dna mengagumkan.

Acara ini akan mengadakan kemunculan sulungnya di Malaysia.  Ia akan mengunjungi 10 bandar merentasi tujuh negeri, dimulakan dengan set pertunjukan pertama pada 10 Ogos hingga 2 September 2018 di Padang Timur, Petaling Jaya. Rombongan tersebut akan menuju ke wilayah utara ke Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 13 hingga 30 September serta Auto City, Prai pada 5 hingga 21 Oktober, diikuti oleh lokasi lain yang diperuntukkan termasuk Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan, serta Klang yang akan berlangsung sehingga 31 Mac 2019.

Lawatan edisi khas ini yang turut dikenali sebagai The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/2019 adalah hasil ilham daripada Penerbit Eksekutif Dato’ Sri G Radakrishnan dan Yahna SG bersama dengan Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovic.

Buat pertama kali dalam sejarah, The Moscow Circus telah membawakan rombongan yang dipilih daripada dua syarikat sarkas termasyhur,  the Boishoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus.

Kumpulan sarkas dari Rusia ini sememangnya terkenal di khayalak ramai di seluruh dunia. Mereka telah memukau penonton selama berpuluh tahun dengan memberikan persembahan yang penuh dengan ciri kesenian dan kemahiran atletik. Pengunjung dari setiap peringkat umur akan dibawa ke alam fantasi melalui pelbagai persembahan yang unik oleh artis trapez, juggle, ahli akrobat dan gimnastik.

Antara aksi yang bakal menghiburkan anda termasuklah persembahan tarian terapung oleh aerialist dan pejalan kaki wayar tinggi yang mendebarkan, artis trapez serta akrobat Swing Rusia, bersama sorotan khas yang turut ditampilkan seperti persembahan juggling yang memukau daripada Semen Krachinov, pemain roller skate oktan tinggi, pemutar diablo yang mencabar graviti serta persembahan daripada pakar ilusi, semuanya dikendalikan oleh badut tersohor dari Rusia, Armen Asiryants.

Setiap persembahan akan menampilkan program khas selama dua jam merangkumi hampir 40 artis profesional yang dijaminkan akan menarik perhatian setiap penonton dan selaras dengan misi kerajaan bagi warga Malaysia untuk membantu mengatasi hutang negara, sebahagian daripada hasil jualan tiket sarkas ini akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia. The Moscow Circus akan padankan jumlah yang dikumpulkan dengan harapan sekurang-kurangnya RM1,000,000 dapat diraih untuk dana tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk menyaksikan acara ini, tiket boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 untuk kedudukan teratas. Bagi melengkap pengalaman di dalam sarkas, keseluruhan persembahan akan diadakan di bawah khemah circus Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,7000 penonton dan ia bakal menjadi khemah sarkas terbesar yang pernah bertapak di Malaysia.

KATEGORI HARGA (MYR)   KATEGORI HARGA (MYR)
Ringside 280 Kedudukan Hadapan 80
Premium A 220 Kedudukan Belakang 50
Premium B 150

Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang The Moscow Circus

The post The Moscow Circus Bakal Menggegar Malaysia Selama Lapan Bulan appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment