Resipi Churros Bergula yang boleh anda cuba untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah.
Saiz Hidangan: Empat
Tempoh Penyediaan: 30 minit
Bahan:
- Satu cawan air
- Lima sudu besar mentega
- Satu sudu besar gula
- 1/4 sudu kecil garam
- Satu cawan tepung pelbagai guna
- Dua telur
- Satu sudu kecil ekstrak vanila
- Empat cawan Minyak Masak Jagung Mazola untuk menggoreng
- 1/4 cawan gula
- Setengah sudu kecil serbuk kayu manis
Cara Membuatnya:
- Masukkan air, mentega, gula dan garam di dalam periuk. Kacau rata sehingga mentega cair dan air mendidih.
- Padamkan api apabila air mendidih dan masukkan tepung. Gaul sehingga menjadi doh. Alihkan doh ke dalam mangkuk pengadun dan biarkan sejuk selama lima minit.
- Di dalam mangkuk kecil, pukul telur bersama ekstrak vanila. Setelah itu, masukkan ke dalam mangkuk pengadun tadi. Putar sehingga ia menjadi tebal dan lembut.
- Panaskan minyak di dalam kuali hingga mencecah suhu 170 darjah celcius.
- Sediakan beg pastri dengan doh sementara menunggu minyak panas.
- Picit doh masuk ke dalam Minyak Masak Jagung Mazola panas dan masak selama tiga ke empat minit. Keluarkan dan letak di atas kertas tisu untuk membuang minyak berlebihan.
- Kemudian, salut churros bersama gula dan serbuk kayu manis
The post Resipi Churros Bergula appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment