Media Prima Berhad Ambil Alih 52% Saham Vocket Bernilai RM2.6 Juta

Media Prima Berhad melalui Rev Asia telah mengumumkan akan mengambil-alih pegangan majoriti Vocket sebanyak 52% pada kadar harga RM2.6 juta. Ini adalah bertujuan bagi mengembangkan perniagaan digital.

Menerusi pengambil-alihan ini, Vocket akan menjadi salah satu subsidiari milik Media Prima, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Media Prima dalam arena kandungan bahasa Malaysia yang memfokuskan kepada gaya hidup.

Vocket penerbitan digital milenial

Menurut The Star Online, Rev Asia Holdings Sdn Bhd telah bersetuju dengan perjanjian jual beli bersyarat dengan Jaffa Sany Mohd Afiffin bagi memperolehi 520, 000 saham atau 52% dalam kepentingan dalam Vocket.

Media Prima Berhad (MPB) berkata, pengambil-alihan ini selaras dengan pelan tranformasi MPB bagi memperluaskan perniagaan digital. Bagaimanapun, Vocket memiliki dan memfokuskan kepada laman berita digital Melayu-milenium yang berkembang pesat di Malaysia.

Vocket yang mempunya lebih 400 ribu pengikut di Facebook dikatakan akan kekal beroperasi dengan jenama sedia ada dan dijangka terus mengukuhkan kedudukannya dalam arena penerbitan digital.

Sumber: Star Online

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment