Masalah bengkak susu adalah dilema yang sering dialami oleh ibu baru melahirkan anak dan juga dalam tempoh berpantang. Namun jangan risau kerana ia adalah tanda positif yang membawa maksud bahawa susu anda sedang dihasilkan. Berikut adalah cara-cara untuk merawat bengkak susu semasa berpantang.
Gambar : Ingimage
Enam Cara Rawat Bengkak Susu
1. Menyusu Bayi Dengan Lebih Kerap
Pastikan bayi anda menyusu dengan lebih kerap dan biarkan bayi mengosongkan payudara anda. Tetapi jika anda mengalami masalah untuk menyusu disebabkan payudara terlalu bengkak, cuba untuk memerah dengan menggunakan pam atau tangan.
2. Perah Susu Dengan Menggunakan Pam atau Tangan
Perah susu dengan menggunakan pam atau tangan. Dengan cara ini, susu dapat dikeluarkan dan dapat mengurangkan bengkak susu tersebut.
3. Tekap Payudara Dengan Menggunakan Kubis
Walaupun tiada kajian saintifik yang mengatakan kubis boleh mengatasi masalah payudara bengkak, ramai ibu yang telah mempraktikkannya dan mengatakan ianya berkesan.
4. Tuam Dengan Tuala Panas
Tuam dengan menggunakan tuala panas ni adalah salah satu cara paling berkesan. Pastikan tuala berkenaan direndamkan dengan air panas, bukan air suam. Jika tidak, selepas dicelup dengan air suam, haba panas akan makin menyejuk semasa menuam payudara dan bengkak tidak akan surut. Sebaliknya rendamkan hujung tuala dengan air panas, perah dan kemudian balut bahagian yang direndamkan dengan hujung tuala yang kering supaya tangan tidak terkena air panas. Selepas itu, terus tuam pada payudara yang bengkak. Ulang beberapa kali dan bengkak akan berkurang sedikit demi sedikit.
5. Tuam Dengan Air Panas
Konsep ini lebih kurang dengan menuam payudara dengan tuala panas tu, cuma cara ini menggunkan air panas yang dimasukkan ke dalam botol kedap. Pastikan botol yang digunakan benar-benar kedap. Jika tidak kedap, kebarangkalian si ibu akan melecur pula terkena air panas. Masukkan air panas separuh botol dan tuamkan payudara. Berkesan meredakan bengkak dan salur susu yang tersumbat.
6. Berjumpa Dengan Doktor
Jika si ibu tidak berjaya mengatasi masalah bengkak susu ni dengan mencuba tip di atas, Segeralah pergi ke hospital atau klinik untuk berjumpa doktor. Doktor akan memberikan ubat tahan sakit dan juga kurangkan bengkak.
Kredit : Natalis Mothercare
The post Cara Rawat Bengkak Susu Semasa Berpantang appeared first on Her Inspirasi.

0 comments :
Post a Comment