9 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia

 

Antara jenama-jenama besar di dunia, rumah fesyen mana yang dikatakan paling mahal di dunia? EH! senaraikan sembilan stor fesyen yang mewah di rencana ini.

 

Jenama-jenama ternama dunia ini biasanya dipakai oleh barisan selebriti, golongan elit, dan VVIP. Tidak kira dari pakaian, aksesori mahupun tas tangan yang bertatahkan berlian serta fancy fur, segalanya nyata bernilai tinggi. Ada diantaranya berharga seakan sama dengan sebuah banglo mewah.

1. House of Bijan, Beverly Hills

 

Gambar : Sumber Google

 

Mengungguli di tangga teratas kerana jenama ini dikatakan sebuah stor fesyen yang paling mahal di dunia. Ia dikatakan sebuah jenama yang lebih memfokuskan kepada fesyen buat lelaki, namun turut menghasilkan barangan fesyen buat wanita yang semestinya edisi terhad. Stor termewah ini diwarisi oleh Nicolas Bijan. Dikatakan yang stor fesyen ini mempunyai pelanggan yang dari presiden ke barisan selebriti, ia nyata menyediakan item fesyen yang terlalu mahal, dengan harga sut sahaja bermula dari nilai USD10,000. Menjadi yang termewah, bahkan pelanggan yang mahu membeli barangan di stor fesyen ini juga perlu membuat temu janji kerana item di kedai ini dibuat berdasarkan permintaan.

The post 9 Rumah Fesyen Paling Mahal Di Dunia appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment