5 Tarikan Menarik Di Rusia Yang Boleh Anda Kunjungi

Rusia adalah antara negara yang mempunyai beberapa tarikan yang menakjubkan. Dikelilingi dengan gunung yang bersalji, tasik yang dalam, pasir yang keemasan dan beribu sungai yang melalui perkampungan indah. Selain daripada itu, Rusia juga turut menjadi tuan rumah kepada beberapa karya seni luar biasa yang sering menjadi inspirasi kepada dunia seni.

Tahun ini, Rusia telah terpilih unutk menjadi tuan rumah kepada acara bola sepak terkemuka dunia, Piala Dunia FIFA 2018. Sempena dengan demam bola sepak ini, Jelita kongsikan beberapa tarikan menarik di Rusia yang boleh anda kunjungi tidak kira anda peminat bola atau tidak. Moscow

Dengan kisah sejarah yang panjang, mempunyai beberapa seni dan budaya yang hebat, memiliki komuniti jutawan terbesar di dunia, tidak hairanlah Moscow sentiasa dianggap sebagai bandar dramatik yang menggabungkan tenaga kreatif dan intelektual.

Kini, ibu negara Rusia yang menarik dan canggih itu turut dikenali sebagai metropolis mega yang mahal dengan galeri seni bertaraf dunia, restoran lima bintang dan pusat membeli-belah mewah. Bandar Moscow memperlihatkan gabungan budaya lama dan baru dalam kehidupan malam yang mendebarkan.

Antara mercu tanda ikonik yang menjadi lambang politik, kewangan dan budaya di Rusia adalah Grandiose Red Square dan juga Kremlin yang dibina dengan bata merah dan dikeliling oleh rekaan gereja yang indah, muzium yang mengagumkan dan bahkan ia memiliki pemandangan bersejara yang luar biasa. Selain itu, Moscow juga menjadi rumah tuan rumah kepada beberapa muzium, galeri dan institusi kebudayaan yang terbaik di dunia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan kelas dunia di Bolshoi Theater atau melihatkan perayaan sebenar seni halus di Galeri Tretyakov dan bagi anda yang menggemarkan rekaan seni halus, anda boleh mengunjungi Pushkin Fine Arts Museum yang juga salah satu galeri seni terbesar dan berprestij di Eropah.

Jika anda ingin mempelajari lebih mendalam mengenai sejarah dan budaya di Rusia, anda boleh mengunjungi beberapa muzium terkenal ini seperti  Pushkin Memorial Museum, Tolstoy House Museum, Dostoevsky Museum, Mayakovsky Museum atau pun melawat muzium yang lebih kecil tetapi menakjubkan seperti Gogol Memorial Rooms.

Bagi anda yang gemarkan aktiviti malam, Moscow juga turut menawarkan pusat membeli-belah, restoran kelas pertama dan butik fesyen yang mengagumkan.

The post 5 Tarikan Menarik Di Rusia Yang Boleh Anda Kunjungi appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment