5 Tanda Anak Anda Sudah Bersedia Untuk Ke Tadika

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka dan disebabkan itu ada ibu bapa yang sudah hantar anak ke sekolah seawal usia tiga atau empat tahun. Tidak salah jika mahu menghantar anak ke sekolah pada usia yang masih muda namun sudahkah anak anda bersedia untuk menempuhi alam persekolahan? Jika anak anda punya lima tanda yang Jelita kongsikan ini maka mereka sudah bersedia untuk ke tadika.

Gambar: Shutterstock

Mempunyai kemahiran penjagaan diri yang asas

Kemahiran penjagaan diri yang asas termasuklah mengetahu cara menggunakan zip dan butang, cuci tangan dan makan tanpa bantuan orang dewasa. Adalah lebih baik jika anak anda pandai berdikari untuk memanfaatkan masa di sekolahnya.

Dilatih ke tandas

Jika anak anda sudah tahu untuk ke tandas maka secara tidak langsung mereka sudah boleh ke sekolah tadika. Ini akan memudahkan tugas guru jika anda sudah terlatih untuk ke tandas. Tambahan pula, tadika adalah tempat di mana anak anda harus belajar dan mengembangkan kemahiran baru mereka dan seharusnya ia tidak dihalang oleh kurang keyakinan diri hanya kerana tidak dapat pergi ke tandas sendirian.

Mudah memahami arahan ringkas dan boleh mengikuti jadual berstruktur

Apabila anak anda mula membesar, dia akan belajar banyak perkara dengan lebih mudah termasuk pemahaman dan mengikuti jadual dan arahan. Jika anda anda sudah boleh melakukan dua perkara ini maka ia adalah tanda yang baik bahawa anak anda sudah bersedia untuk ke sekolah tadika.

Selesa di sekitar orang dewasa dan kanak-kanak lain

Biasalah kalau anak menangis apabila hari pertama masuk ke tadika namun mereka sepatutnya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya jika mereka selesa dengan guru dan kanak-kanak lain di sekitar usianya.

Boleh bekerjasama dan menunggu giliran semasa berinteraksi dengan kanak-kanak lain

Aktiviti yang dijalankan di tadika biasanya ditubuhkan dalam persekitaran berkumpulan. Jadi, anak anda digalakkan untuk mempunyai beberapa bentuk kemahiran sosial seperti dapat bekerjasama dan menunggu giliran ketika berinteraksi dalam kegiatan berkumpuan dengan kanak-kanak lain. Setiap kanak-kanak berbeza dari segi kemajuan kognitif. Oleh itu, persediaan untuk menghadiri tadika adalah lebih baik dilihat berdasarkan perkembangan mereka daripada usia.

 

The post 5 Tanda Anak Anda Sudah Bersedia Untuk Ke Tadika appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment