Jarang sekali kita mendengar isu pemerdagangan haiwan jinak berlaku di negara ini. Sudah tentu aktiviti demikian menjadi isu sensitif buat masyarakat kita yang tidak tergamak melihat haiwan jinak seperti kucing diseksa dan menjadi mangsa kerakusan manusia. Haiwan jinak ini diperdagangkan atas permintaan tinggi dan meraih keuntungan pihak tidak bertanggungjawab.
Baru-baru ini Persatuan Haiwan Malaysia, membongkar aktiviti yang dilakukan warga asing dalam urusan jual beli kucing buat pendatang asing dari Vietnam. Malah, premis tersebut dirahsiakan dan dalang penjualan adalah dikatakan warga tempatan sendiri. Tergamak betul…
Ada pihak mengaku sebagai penyelamat kucing
Aktiviti pemerdagangan haiwan ini aktif dilakukan di Johor dan Selangor. Malah, ianya mendapat permintaan tinggi dari warga asing Vietnam. Lebih kecam lagi, ada segelintir individu mengaku bahawa mereka adalah pembela dan penyelamat kucing terbiar ini.
Mana undang-undang buat pesalah?
Mereka akan kerap ke negara kita
Jika tiada sebarang penggubalan rang undang-undang terhadap hal ini maka, ianya memberi kesan buat pendatang asing sering ke negara ini dan meneruskan kegiatan tidak bertanggungjawab.
Sila laporkan segera!
Jika ada maklumat pemerdagangan daging kucing dan mematikan kucing secara zalim mohon salurkan lagi maklumat ke malaysiaanimal@gmail.com. Ayuh rakyat Malaysia, sama-sama kita membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini.
Credit: Persatuan Haiwan Malaysia
0 comments :
Post a Comment