Melaram Sakan Raya Ni Dengan Koleksi Beg Tangan JEMELS.CO! Sure Korang Nampak Stunning!

Tak lama lagi kita dah nak masuk bulan puasa, lepas tu raya. Sebut je hari raya, confirm benda pertama yang terlintas dalam fikiran adalah baju raya! Admin pasti korang awal-awal lagi dah shopping baju raya kan. Tapi, baju raya je mana cukup kalau nak melaram sakan di hari raya nanti. Korang confirm nak update ootd raya kat Instagram, mestilah kena vogue sikit.

Selain baju raya, korang tak teringin ke melaram sakan dengan koleksi beg raya special untuk hari raya nanti? Design cantik-cantik pulak tu. Kalau nak jom baca post ni untuk usha koleksi fesyen beg terbaru di JEMELS.Co untuk raya ni. Cantik uolls! Rugi tak tengok, admin sendiri pun dah rambang mata tau. Rasa nak grab je semua koleksi ni.

Bukan melaram masa raya je, pakai pergi event & jalan-jalan pun takda hal!

Korang pun tahu kan selain baju raya, aksesori wajib masa hari raya ni tak lain tak bukan mestilah tas tangan. Terutama buat golongan wanita di luar sana tu, tak sah hari raya kalau tak ada handbag. Nak pergi kenduri atau berjalan pun wajib ada apatah lagi di hari raya. Rasa tak lengkap gaya tau.

Hari-hari biasa pun guna je cuma, hari raya kan hari untuk kita berhias, so why not upgrade sikit. Masa nilah nak show off  aksesori beg tangan korang yang cantik-cantik tu.

Tak tahu mana nak cari handbag meletup? JEMELS.CO kan ada

Untuk makluman korang, JEMELS.Co dah berada dalam industri selama 15 tahun. Wah, lama betul tu. Jadi korang jangan risau, setiap keluaran diorang adalah yang terbaik sebab diorang pentingkan kualiti, material yang digunakan, workmanship, stail, keselesaan dan perincian setiap design untuk beri hasil yang terbaik untuk korang.

Psst, koleksi JEMELS.C0 untuk raya tahun 2018 dah keluar tau. Kali ini, tema yang dikeluarkan adalah ‘Luminous Bag’. Macam mana rupa design beg ni ye? Nak tahu jom tengok koleksi beg daripada JEMELS.Co dekat bawah ni. Admin sendiri pun tergoda bila tengok koleksi ni tau.

AVELINA SLING BAG

  • Kulit sintetik premium
  • Crystal Buckle
  • Magnet Sling untuk keselamatan
  • Tali rantai emas boleh laras
  • Inner Lining dengan buckle Jemels
  • Kotak eksklusif & penghantaran percuma

Butiran dalaman : 1 kompartmen & zip poket

Beg 4 dalam 1 yang boleh dibawa sebagai Sling Bag, Shoulder Bag, Top Handle Bag & Clutch Bag. Memang sesuai buat korang yang suka design yang simple tapi nak nampak bergaya.

BIANNCA TOP HANDLE BAG

  • Kulit sintetik premium
  • 2 sisi buckle kristal & manik mutiara
  • Top Handle Bag
  • Tali panjang boleh laras
  • Inner Lining dengan buckle Jemels
  • Kotak eksklusif & penghantaran percuma

Butiran dalaman : 2 kompartmen & zip poket

Beg tangan 2 dalam 1 yang sesuai dibawa sebagai Top Handle Bag & Sling Bag. Kalau korang jenis vogue, beg ni memang sesuai sangat dengan gaya korang. Rugi pulak admin rasa kalau tak dapatkan beg ni!

ELIZA SLING BAG

  • Kulit sintetik premium dengan material berkilat
  • Crystal Pearl Buckle
  • Magnet Sling untuk keselamatan
  • Tali rantai emas boleh laras
  • Inner lining dengan buckle Jemels
  • Kotak eksklusif & penghantaran percuma

Butiran dalaman : 1 kompartmen & zip poket

Beg 4 dalam 1 sesuai dibawa sebagai Sling Bag, Shoulder Bag, Top Handle Bag & Clutch Bag. Korang yang barang tak banyak tu elok guna beg ni. Memang ngam lah!

IIONA SLING BAG

  • Kulit sintetik premium dengan material velvet
  • Buckle logam kristal
  • Magnet Sling untuk keselamatan
  • Tali rantai logam boleh laras
  • Inner lining dengan buckle Jemels
  • Kotak eksklusif & penghantaran percuma

Butiran dalaman :1 kompartmen & zip poket

Beg versatile 4 dalam 1 ni boleh dibawa sebagai Sling Bag, Shoulder Bag, Top Handle Bag & Clutch Bag. Design yang tampak simple tapi sangat elegan dan classy. 

ALESSIA SLING BAG

  • Kulit sintetik premium
  • JEMELS Signature Detachable Charms yang boleh dijadikan rantai tangan
  • Magnet Sling untuk keselamatan
  • Tali rantai emas boleh laras
  • Inner lining dengan buckle Jemels
  • Kotak eksklusif & penghantaran percuma

Beg comel 4 dalam 1 ini boleh dibawa sebagai Sling Bag, Shoulder Bag, Top Handle Bag & Clutch Bag. Satu rekaan untuk korang yang suka design simple tapi nak nampak ranggi.

LOVISA TOTE BAG

  • Kulit sintetik premium
  • JEMELS Signature Detachable Charms yang boleh dijadikan rantai tangan
  • Zipper untuk keselamatan
  • Tali rantai emas boleh laras
  • Inner lining dengan buckle Jemels
  • Penghantaran percuma

Butiran dalaman : 2 kompartmen & zip poket

Beg tangan 2 dalam 1 sesuai dibawa sebagai Sling Bag & Shoulder Bag. Ini memang khusus buat korang yang memang suka beg tali panjang.

Jom beraya dengan koleksi JEMELS.CO!

Haaa cantik kan koleksi raya JEMELS.Co ni. Macam-macam style yang korang boleh gayakan nanti dengan koleksi ni. Bolehlah posing sakan dan upload ke sosial media korang nanti. Untuk semua design, warna koleksi beg ni terhad kepada 100 je. Siapa cepat dia dapat. Bukan tu je, ini satu lagi kejutan untuk korang.

Khas buat followers OhBulan! korang boleh enjoy ekstra 5% diskaun dengan menggunakan kod “OHBULAN5” untuk koleksi JEMELS RAYA 2018 Luminous Bag ni tau! Wahh menarik ni. Jomlah tempah sekarang sementara stok masih ada! Rugi tau kalau terlepas tawaran ni. Korang klik je laman web dan facebook diorang kat bawah ni okay. Sure berbaloi-baloi sempena lebaran nanti.

Website : JEMELS.Co

Facebook : JEMELS.Co

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment