Snap Gambar Cool Di Stesen MRT, Upload Ke Instagram & Menangi Wang Tunai Lumayan!

Kalau dulu, hidup tanpa ada kenderaan agak menyusahkan sebab susah nak bergerak ke mana-mana. Tapi, zaman sekarang ni, kalau tak ada kenderaan pun tak jadi masalah sebab ada banyak pilihan kenderaan awam yang korang boleh guna.

Malah, lebih ramai orang pilih untuk naik kenderaan awam terutamanya tren. Lebih mudah, jimat dan stress-free katanya. Yelah, tak payah susah-susah nak pikir traffic jammed dan parking. 

Yang terbaru, Malaysia dah pun dilengkapi dengan sistem pengangkutan My Rapid Transit (MRT) yang lebih luas dan canggih! Haa..dengar cerita, korang boleh menang wang tunai dengan hanya snap gambar di stesen MRT. Wow!

Snap foto MRT pun boleh menang wang tunai?

MRT mula beroperasi pada Disember 2016 dan hampir 400,000 penumpang menggunakan perkhidmatan MRT setiap hari! Ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam memberikan pengangkutan awam terbaik kepada rakyat Malaysia.

Untuk itu, Komuniti Negaraku telah mengadakan Pertandingan #MRTNegaraku yang melayakkan korang untuk memenangi wang tunai dan hadiah menarik. Yeay!

Apa yang korang kena buat adalah: 

  • Follow platform media sosial Negaraku – @mynegaraku
  • Snap foto stesen MRT dari segi seni bina dan gaya hidup berbeza yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini
  • Muat naik foto ke akaun Instagram korang
  • Sertakan #MRTNegaraku dan #KLmobilegraphymeet_MRT dalam kapsyen dan pastikan akaun korang disetkan kepada public.
  • Jangan lupa untuk tag @mynegaraku 

Itu je! Senang kan? Nak tahu apa hadiahnya..

  • RM300 untuk tempat pertama
  • RM200 untuk tempat kedua
  • RM100 untuk tempat ketiga

Jom admin belanja gambar-gambar cool dari peserta Pertandingan #MRTNegaraku ni.

Haa..kalau korang nak tahu, dah ada pemenang tau untuk pusingan pertama. Memang awesome la gambar dia ni. Check this out!

Oh ya, korang jugak boleh join Instameet yang akan diadakan pada 1 April 2018, Ahad ni! Kat sana nanti, bolehlah korang hang out, snap gambar dan berkongsi skill fotografi dengan peserta Instameet di stesen-stesen MRT berikut:

Masa: 9 am – 3 pm

Lokasi: Stesen MRT Bukit Bintang, Merdeka, Pasar Seni, Muzium Negara, Tun Razak Exchange, Maluri dan Cochrane.

Kalau korang kreatif dan ada skill dalam fotografi, inilah masanya untuk korang asah bakat. Siap boleh menang wang tunai lagi!

Jadi, apa tunggu lagi, jom sertai Pertandingan #MRTNegaraku sekarang. Mana tahu untuk pusingan kedua ni, koranglah pemenangnya!

Pertandingan ni dah pun berlangsung dari sekarang hingga 12pm pada 31 Mac 2018! Jangan lepaskan peluang ni gais!

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.negaraku.com/pertandingan/mrtnegaraku/

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment