Pertama Kali Nak Mengundi Di Pilihan Raya? 5 Panduan Ni Sangat Berguna Untuk Korang

Berdebar-debar kan nak menanti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)? Seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia akan diadakan sebelum 14 Julai ini atau mungkin lebih awal supaya segala proses berjalan lancar. Mungkin Mac, April atau Mei? Kalau macam tu, memang tak lama lagi! Korang dah ready?

Apa-apa pun, pastikan korang bersiap sedia dari segi mental, fizikal dan keputusan yang tetap sebelum membuang undi supaya proses undian berjalan lancar… Untuk yang pertama kali membuang undi, mesti nervous kan? Apa nak kena buat? Haa, jangan risau, kami sediakan 5 panduan supaya korang tak kelam kabut sebelum pergi mengundi…

1. Pastikan korang dah daftar mengundi. Nak semak kat mana?

Sebelum mengundi, pastikan nama dan no kad pengenalan korang dah daftar di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Korang boleh semak di laman web SPR sama ada korang layak membuang undi atau tak. Masukkan no kad pengenalan dan Aksara Captcha yang tertera, semua details korang ada tulis kat situ…

Nampaklah nama dengan no kad pengenalan korang, lokaliti, daerah mengundi, DUN, parlimen dan negeri. Haa, kan dah tak pening-pening fikir nak mengundi kat mana!

Kalau korang nampak ada kesalahan kat nama, alamat atau lokaliti, cepat-cepat buat aduan rasmi secara bertulis kepada SPR dengan bukti-bukti yang jelas tau!

2. Jangan buat #undirosak. Undi rosak bila…

Beb, mengundi hanya sekali dalam tempoh 5 tahun tau. Jadi, jangan sia-siakan undi korang dengan merosakkan undi tu. Kadang kita tak sedar, tapi jangan risau, kitorang share sikit apa yang boleh membuatkan undi korang tu rosak…

  • Tak dicapkan/ditindik dengan tanda rasmi atau tak ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi (KTM)
  • Undi lebih dari satu calon. Ingat, pangkah satu je tau!
  • Ada tulisan atau tanda dengan sesuatu yang membolehkan pengundi dikenal pasti
  • Tak bertanda atau korang tanda selain di tempat atau cara yang sebenar. Jangan pangkah kat luar box pulak!
  • Tak menunjukkan dengan jelas tujuan pengundi

3. Pada hari Pilihan Raya, jangan lupa 3 perkara ni…

Bila tiba hari Pilihan Raya, bersiap sedialah. Jangan bangun lambat, sarapan siap-siap kat rumah supaya perut terisi sebab ramai yang nak mengundi nanti. Mesti beratur panjang punya! Paling-paling pun sejam dua kena ada kat tempat mengundi tu… Haa, lagi satu jangan lupa 3 perkara ni…

  • Bawa MyKad. Ini penting sepenting-pentingnya, jangan sampai tertinggal!
  • Keluar awal. Masa mengundi adalah dari 8 pagi hingga 5 petang
  • Pakai pakaian yang sopan dan tak pakai pakaian atau bawa barang yang mempunyai gambar calon, nama parti atau logo. Tak perlu pun!

4. Teliti 7 langkah pengundian ni. Jangan salah step masa mengundi nanti!

Bila dah tiba hari mengundi dan korang pun dah sampai kat tempat mengundi tu, ada 7 langkah pengundian yang korang wajib tahu. Ini akan membuatkan proses mengundi berjalan lancar… Hadam cukup-cukup step kat atas ni okay! Jangan sesekali tersilap atau terlepas langkah…

5. Kad pengenalan hilang pulak, macam mana nak buat?

Aduh, time dekat nak mengundilah kad pengenalan boleh hilang pulak. Dah cari satu rumah tak jumpa! Apa korang kena buat eh? Haa, cepat-cepat report kehilangan kad di pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bawa kad pengenalan baru atau sementara semasa mengundi…

Kalau kad pengenalan hilang dan tak sempat nak buat yang baru, boleh bawak Pasport Malaysia, lesen memandu bergambar atau kad rasmi pengenalan diri yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang mengandungi nama, nombor Kad Pengenalan dan gambar korang.

Nanti korang kena isi borang 11 dan PA atau kerani akan minta kebenaran KTM untuk melihat wajah pengundi dan bandingkan dengan gambar dalam dokumen yang dibawa pengundi. Tapi sebaik-baiknya bawak lah kad pengenalan okay!

Apa lagi panduan berguna untuk korang yang pertama kali mengundi di Pilihan Raya patut tahu? Share kat ruangan komen okay!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment