Menu Asam Pedas Ikan Tenggiri untuk Penghidap Kanser

Menu mudah sedia dan enak khusus untuk pesakit kanser dan pengamal gaya hidup yang sihat.

National Cancer Society of Malaysia (NCSM) adalah organisasi yang menyediakan servis pembelajaran, penjagaan dan sokongan kepada penghidap kanser. NCSM telah mengeluarkan buku masakan yang merangkumi aneka hidangan ringkas dan menyelerakan khusus untuk membantu pesakit kanser dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Buku bertajuk Around The Table: Recipes for Cancer Patients & Caregivers ini juga boleh dijadikan panduan kepada orang ramai untuk menyediakan menu berkhasiat setiap hari untuk diri sendiri dan yang tersayang.

Asam Pedas Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

4 ikan tenggiri
50g asam jawa
375ml air
1 genggam daun kesum
20 cili kering dan 2 cili segar, dikisar
10 bawang merah
3 ulas bawang putih
2 buah keras
Sedikit belacan
Sedikit kunyit
1 serai, dihiris
2 sudu besar minyak masak
½ sudu kecil garam

Cara Membuatnya:

  1. Bersihkan ikan dengan air yang telah diletakkan garam.
  2. Larutkan asam jawa dengan 375ml air dan tuang separuh kepada ikan. Tambahkan ¼ sudu kecil garam dan perap selama 30 ke 45 minit.
  3. Tumbuk belacan, kunyit, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
  4. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumiskan cili kisar dan bahan yang ditumbuk tadi bersama serai hingga naik bau.
  5. Masukkan lebihan air asam jawa ke dalam kuali dan biarkan ia mereneh selama kira-kira 15 minit.
  6. Tambahkan daun kesum dan gaul sebati. Kemdian masukkan ikan dan biar hingga masak.
  7. Perasakan dengan garam.
  8. Siap untuk dihidang.

Nota Pakar Diet
Hidangan ini mungkin tidak berapa sesuai buat pesakit yang mengalami sakit mulut kerana rasanya yang sedikit pedas. Tetapi, ia adalah hidangan yang boleh merangsang lelangit dan deria rasa dengan penggunaan asam jawa.

The post Menu Asam Pedas Ikan Tenggiri untuk Penghidap Kanser appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment