Tidak salah jika anda ingin memberikan anak anda menggunakan telefon pintar namun penggunaan gajet tanpa pengawasan boleh mengundang bahaya kepada anak anda kerana mereka adalah sasaran yang mudah buat pemangsa seksual dalam talian yang sentiasa mencari mangsanya dalam dunia chatting.
Sebelum anda memberikan anak menggunakan gajet, pastikan anda sudah melakukan persediaan untuk melindungi anak anda daripada menjadi mangsa kepada syaitan yang bertopengkan manusia ini. Jelita kongsikan cara untuk anda melindungi anak daripada pemangsa seksual dalam talian. Telefon itu milik ibu bapa
Sebelum anda memberikan anak menggunakan telefon pintar, tetapkan beberapa peraturan dahuku. Jelaskan kepada mereka walaupun mereka diberi kebebasan untuk menggunakan telefon pintar, telefon tersebut masih lagi milik anda (ibu bapa). Anda berhak untuk memeriksa sejarah panggilan, mesej, messenger, whatsapp, gambar atau apa sahaja. Anda boleh gunakan kuasa anda untuk menarik semula kemudahan itu jika mereka membantah.
The post Jelita Prihatin: 7 Cara Lindungi Anak Daripada Pemangsa Seksual Dalam Talian appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment