Baru-baru ini viral di laman sosial video seorang Instafamous yang seakan memperlekeh satu jenama telefon ketika diminta membuat pilihan antara dua. Video berkenaan mendapat kecaman ramai yang berpendapat individu itu tidak patut berbuat demikian kerana ramai yang menjadi pengguna jenama yang diperlekehkan itu.
Perkara itu mengundang pelakon dan penyanyi, Janna Nick untuk memberi komen berkenaan hal itu memandangkan dia sendiri menjadi duta untuk satu jenama telefon pintar.
Suka perlekeh jenama tanda kurang matang
Menurut Janna, tindakan Instafamous itu ternyata tidak matang dan tidak sewajarnya memperlekehkan jenama telefon berkenaan walaupun kurang menggemarinya. Tambahnya, insiden itu menunjukkan seperti individu terbabit tidak matang.
Pada saya, hanya budak-budak sekolah yang belum matang suka memperlekeh dan membandingkan jenama sesebuah produk.
Lain orang, lain citarasa
Menurut anak didik Shiela Rusly ini lagi, perbandingan dua jenama sebegitu tidak sepatutnya dibuat kerana semuanya terpulang kepada citarasa setiap individu memilih gajet yang mereka gemar.
Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar, seperti skrin besar yang memudahkan kita untuk membuat kerja, kelajuan dan juga beratnya, berbanding hanya melihat pada jenama.
Namun begitu, menurut Janna lagi, perkara itu tidak sepatutnya berlarutan kerana pendapat berkenaan adalah bersifat peribadi semata-mata.
Sumber: Berita Harian
0 comments :
Post a Comment