EH! edisi April 2018 menampilkan hal perkahwinan sebagai tema utama. Kami tampilkan The Master of Wedding Couturier, tidak lain tidak bukan Datuk Rizalman Ibrahim sebagai penghias muka depan bersama tiga bintang milenial, Ain Edruce, Daiyan Trisha dan Raysha Rizrose. Bersama Rizalman Ibrahim kami berbicara tentang pengalamannya sebagai pereka fesyen ternama selain isu-isu berkait rapat dengan hal mengatur majlis perkahwinan. Ain Edruce, Daiyan Trisha dan Raysha Rizrose pula berbicara tentang definisi perkahwinan selain aturan kerjaya mereka untuk tahun ini.
Halaman kecantikan dan fesyen bulan ini sarat dengan ilham serta tip berguna bagi anda yang merancang naik pelamin tahun ini. Kami kongsikan idea solekan perkahwinan terkini namun malar segar, mahu yang bold atau natural? Tepuk dada tanya selera.
Busana-busana perkahwinan rekaan pereka tempatan kami kumpulkan untuk sumber ilham. Lihat juga gaya Yaya Zahir yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dalam gaya-gaya perkahwinan, khusus untuk gaya resepsi malam dan siang.
Malah kami lengkapkan edisi ini dengan tip menghias kek perkahwinan di halaman ‘Selera’. Usah lupa selak halaman ‘Realiti’ untuk membaca bagaimana usia bukanlah hal utama yang menghalang kebahagian.
The post EH! April 2018 appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment