Pemiliki nama Park Yong Dae atau Louis ini tidaklah segah nama sepupunya yang bergelar bintang ternama di Korea iaitu Bae Suzy. Bagaimanapun, kelibat usahawan ini sangat diburu anak-anak muda di Korea kerana Syarikatnya iaitu Coupdetat Entertainment begitu popular menganjurkan program dan parti di kelab-kelab ternama dan termahal di Korea.
Sungguhpun bergelar CEO, Louis lebih gemar dikenali sebagai Promoter Parti dan syarikatnya telah menganjurkan lebih 1,000 parti bukan saja di Korea tetapi juga beberapa negara Asia yang lain termasuk China dan Asia Tenggara.
Berhasrat menjadi peneraju budaya parti, Louis juga aktif menganjurkan program berkaitan fesyen, festival, konsert K-POP dan banyak lagi. Program Free Hugs anjuran syarikatnya antara program yang mendapat sambutan hangat di Korea.
Memasang impian untuk menganjurkan program di Malaysia, Louis yang sangat pakar mengenai Kelab di Korea mendedahkan 10 Kelab yang paling dibanyak dikunjungi orang Korea termasuklah Kelab termahal sekali. Malah, dia turut menjelaskan bahawa orang Korea gemar menghabiskan masa di tempat hiburan sebegini kerana ingin melepaskan bebanan tekanan kerja dan jadual seharian.
The post Awas! Sepupu Suzy Dedah Kelab Panas, Termahal, Lokasi MV & Lepak Selebriti Korea appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment