Apa Yang Bakal Berlaku Pada Tubuh Anda Pabila Berhenti Merokok?

Sebaik anda berhenti dari tabiat merokok, apakah perubahan yang bakal berlaku pada tubuh anda? Ketahuinya di rencana ini.

 

[caption id="attachment_115694" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Shutterstock[/caption]

 

Berhenti merokok boleh membawakan perubahan yang drastik pada kesihatan tubuh tetapi jangan terkejut dengan simptom atau kesan awalnya. Umum tahu yang mana merokok boleh membawa maut tetapi tidak ramai yang tahu apakah kebaikan yang bakal anda perolehi selepas itu.

 

Anda mungkin akan mendapati kesan yang agak mengejut pada tubuh tetapi secara perlahan-lahan anda bakal melihat kesan positifnya kelak. Bahkan, anda juga akan merasakan perubahan ketara pada organ dalaman.

 

Di sini EH! dedahkan apakah yang bakal berlaku kepada tubuh pabila anda mula berhenti merokok.

1. Kesan Fizikal

Boleh dikatakan ini adalah bahagian yang agak sukar. Nikotin membuatkan tubuh ketagihan, jadi pabila anda berhenti mengambilnya, sememangnya ia agak berat. Simptom fizikal terawal termasuklah sakit kepala, pening, keletihan, lapar, mual dan batuk. Anda akan mula perasan dengan petanda ini pabila selera makan anda semakin menjadi-jadi serta masalah tidur. Tetapi jangan bimbang kerana semua ini bakal berakhir tidak lama lagi. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu ke sembilan bulan, berganting kepada berapa lama anda sudah mula merokok.

 

The post Apa Yang Bakal Berlaku Pada Tubuh Anda Pabila Berhenti Merokok? appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment