The Bed KLCC memberi pengalaman serba baru buat anda yang sukakan kembara dengan menyediakan lokasi penginapan minimalis berlokasi di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Terbaru di Kuala Lumpur, The Bed KLCC menawarkan inap sementara berbentuk kapsul. Dengan tagline “Your Bed in the Heart of KL”, hotel kapsul ini ingin memudahkan warga tempatan dan pelancong asing yang mengimpikan keselesaan untuk bermalam dalam kadar bayaran yang menjimatkan. Lokasi The Bed KLCC juga memudahkan anda untuk ke lokasi lain dengan adanya perkhidmatan bas ulang-alik (GoKL), LRT dan monorail berdekatan.
Biarpun berkongsi ruang kamar dengan orang lain, anda masih memiliki privasi dengan adanya tirai yang boleh ditarik. Setiap ruang tidur dilengkapkan dengan kemudahan seperti loker peribadi, internet berkelajuan pantas, lampu, cermin dan meja boleh lipat. Anda juga tidak perlu khuatir untuk menginap di sini kerana terdapat kawalan keselamatan 24 jam, selain servis daftar masuk 24 jam dan pembersihan 24 jam.
Kawasan lounge dibuka dari enam pagi sehingga 12 tengah malam, di mana anda boleh menghabiskan masa membuat kerja, menonton televisyen ataupun berinteraksi dengan rakan dari seluruh dunia. Hotel ini juga memiliki kafe kecil dengan teh dan kopi percuma sepanjang hari. Selain itu, ruang mandi mereka juga terhias indah dan bersih.
Hotel kapsul ini boleh memuatkan sehingga 170 tetamu dan menawarkan enam jenis pod yang boleh dipilih – Single Pod Side Entry (Female), Single Pod Side Entry (Mixed), Single Pod Front Entry (Mixed), King Pod/Family Pod, Single Pod Suite dan Queen Pod Suite.
Harga yang ditawarkan bermula daripada RM69 / satu malam untuk setiap pod dan daripada RM139 / satu malam untuk single pod suite termasuk sarapan, pembersihan harian dan akses internet berkelajuan tinggi.
Lokasi: VORTEX KLCC, Jalan Sultan Ismail.
The post Ruangan Tidur Khusus untuk Pengembara appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment