Pupuk Gaya Hidup Sihat di Kalangan Murid

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) mengumumkan tahun yang produktif dalam mendidik dan mendorong generasi muda Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat menerusi kempen Drink.Move.Be Strong (DMBS), yang disasarkan kepada kanak-kanak sekolah.

Pada 2017, beberapa siri program dan kerjasama telah dijalankan di bawah kempen DBMS seperti Jr. NBA Malaysia, Anugerah 3K, Program Susu 1Malaysia (PS1M) dan lawatan ke tadika, bagi memupuk gaya hidup sihat dengan menggabungkan amalan meminum susu dan mengekalkan fizikal yang aktif . Melalui kerjasama erat dengan Kementerian Pendidikan, Dutch Lady Malaysia mengadakan aktiviti belajar sambil berhibur, seperti ceramah pemakanan bernutrisi untuk mendidik kanak-kanak sekolah tentang kepentingan meminum susu dan cara membuat pilihan makanan dan minuman yang sihat.

Aktivitidi luar kelas juga diadakan untuk menggalakkan kanak-kanak sekolah untuk meluangkan masa sekurang-kurang satu jam setiap hari untuk senaman agar mereka lebih aktif dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurut Saw Chooi Lee, Pengarah Urusan Dutch Lady Milk Industries Berhad, program DMBS diperkenalkan bagi menangani masalah nutrisi kanak-kanak Malaysia. South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) mendedahkan bahawa 1 daripada 20 orang kanak-kanak Malaysia mengalami kurang berat badan; 1 daripada 5 orang kanak-kanak terlebih berat badan atau obes, dan hampir separuh daripada kanak-kanak di Malaysia tidak mencapai tahap Saranan Pengambilan Nutrisi bagi pengambilan kalsium dan Vitamin D. Di samping itu, kanak-kanak sekolah berumur 7 hingga 12 tahun dilaporkan mengalami kadar aktiviti fizikal yang rendah.

Berdasarkan maklum balas daripada murid yang terlibat dalam aktiviti DMBS menerusi Anugerah 3K, program kerjasama Kementerian Pendidikan, impak positif hasil kempen tersebut adalah:

• 98% daripada pelajar akan mengamalkan gaya hidup aktif, sihat, dan bernutrisi;
• 96% daripada pelajar memahami kebaikan meminum susu; dan
• 93% daripada pelajar akan memulakan tabiat meminum susu.

Inisiatif DMBS tahun ini menghasilkan pencapaian terbaik, dengan penglibatan sejumlah 254,435 orang kanak-kanak sekolah di serata Malaysia – peningkatan empat kali ganda berbanding 2016.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen Drink.Move.Be Strong, sila layari laman sesawang rasmi Dutch Lady Malaysia di www.dutchlady.com.my.

The post Pupuk Gaya Hidup Sihat di Kalangan Murid appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment