Umum mengetahui mengenai penderitaan dialami Elyana yang menderita kanser limfoma tahap 4. Berita mengejutkan itu diumumkan sendiri penyanyi Kalis Rindu ini ketika penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza, tahun lalu.
Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Yang Doa Saya Cepat Mati’ – Kesal Dengan Tuduhan Netizen, Ini Luahan Sebak Elyana
Tidak hanya berdepan dengan kesakitan rawatan penyakitnya itu, Elyana juga menghadapi dugaan lain apabila ada segelintir netizen yang seperti menambah derita dialaminya.
‘Mohon jangan follow aku’
Elyana meluahkan kemarahannya itu melalui Instastorynya, semalam. Antaranya adalah amaran keras dibuat kepada sesetengah pihak supaya tidak mengikutinya di laman sosial itu. Ini kerana, menurutnya, ada segelintir pengikut yang ‘memijak kepalanya’ sehingga membuatkan Elyana hilang kesabaran.
Tambah ibu anak satu ini, adakalanya dia boleh bersabar dengan kerenah pengikut sebegitu, namun kadangkala kesabarannya itu boleh hilang juga.
‘Aku sakit kanser, tapi…’
Kemarahan Elyana juga dilihat meluap-luap apabila mengatakan dia boleh meludah mana-mana pengikutnya yang biadap di akaunnya yang kini mempunyai lebih setengah juta pengikut itu.
Jika diikutkan, sebelum ini pun, ada netizen yang tanpa rasa bersalah mempersoal tindakan Elyana tidak bertudung walaupun sudah disahkan sakit kanser.
Pergi tunjuk bagus dekat mak bapak
Pesan penyanyi yang pernah mencipta fenomena menyanyi berkaki ayam ini lagi, pihak terbabit tidak patut bersikap kurang ajar. Jika mereka yang dimaksudkan mahu menunjukkan kebaikan mereka, dia mencadangkan mereka berbuat demikian kepada ibu bapa masing-masing, dan bukan dirinya.
Ujarnya lagi, dia juga manusia yang sudah tentu mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain.
Sumber: Elyana
0 comments :
Post a Comment