EH! edisi Februari 2018 menampilkan bintang televisyen tular, Farah Nabilah sebagai penghias muka depan. Pantas mencipta nama menerusi drama Titian Cinta yang menggandingkannya bersama Zul Ariffin, kami membawa anda mengenali dan mendekati bintang televisyen baharu kesayangan penggemar drama Malaysia ini.
Membawakan tema ‘seksi’ naskhah EH! bulan ini membawakan dimensi baharu kepada takrifan seksi dalam fesyen juga kecantikan. Halaman fesyen membariskan ilham gaya dengan mainan rona merah, ton paling seksi dalam kamus warna. Lihat juga pilihan gaya bintang baharu Elvina. Daiyan Trisha pula dirias dengan mainan warna seksi pada wajahnya.
Ruangan ‘Realiti’ mengulas tentang bisnes fesyen dan kecantikan lokal hari ini yang dilihat sebahagiannya seakan-akan menceduk bulat-bulat penjenamaan label antarabangsa. Adakah mereka menjadikan produk luar sebagai inspirasi atau meniru bulat-bulat lantas menjadi imitasi? EH! merungkai isu ini.
The post EH! Februari 2018 appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment