Pernah mencuba rawatan laser? Gementar untuk menempah sesi kerana tidak tahu apa yang bakal berlaku?
Ikuti pengalaman Jelita yang telah mencuba dua perawatan wajah daripada The LifeStyle Clinic di Kota Damansara dengan satu daripadanya membabitkan mesin dengan alat laser.
Namun, satu perkara perlu anda lakukan sebelum perawatan adalah berjumpa dulu dengan doktor pakar yang mengendalikan rawatan ini untuk menilai keadaan kulit anda bagi menentukan rawatan laser yang mana paling sesuai buat anda.
Malah, gambar dekat wajah anda tanpa solekan akan dirakam daripada sudut depan, tepi kiri dan kanan (45 darjah) bagi memperlihatkan tekstur kulit dan keadaan permukaan sebagai rujukan gambar ‘sebelum.’
Setelah penilaian dilakukan dan setiap persoalan dijawab doktor sehingga anda berpuas hati dan rasa bersedia untuk memulakan perawatan, barulah anda perlu membuat persiapan mengikut nasihat pembantu doktor.
Antara soalan yang biasanya ditanya adalah – Lama manakah kesan diingini boleh dilihat? Adakah akan berlaku kesan sampingan dan cara mengendalikannya? Bolehkah anda meneruskan rutin seharian selepas perawatan atau ada waktu menunggu atau pantang yang perlu diamalkan?
Untuk rawatan MedLite C6 Q-switch Nd: Yag Laser yang kami cuba, ianya dirasakan cukup mudah dan tidak memerlukan waktu yang panjang. Ianya boleh dianggap sebagai rawatan waktu rehat tengahari jika anda hanya ada masa singkat untuk melakukannya.
Muka hanya perlu dibersihkan (pembantu doktor akan membantu anda membersihkan cela dan solekan daripada wajah), dan bagi yang berhijab, anda tidak perlu pun menanggalkan tudung, cuma perlu menariknya ke belakang sedikit untuk membolehkan keseluruhan wajah dilihat untuk rawatan.
Sekali lagi, doktor akan membelek keadaan wajah anda sebelum memulakan sesi ‘tembakan’ laser. Bagi rawatan laser ini, tenaga dikeluarkan adalah pada jarak 1064nm.
Tenaga daripada laser ini akan menyerap melanin, iaitu pigmen yang mengeluarkan bahan kimia dalam kulit anda. Ianya akan menyebabkan bintik usia (tanda penuaan), jeragat, titik hitam malah tanda lahir disingkirkan.
Menurut kenyataan The LifeStyle Clinic, MedLite C6 Laser adalah rawatan laser terkini untuk perawatan cela pigmentasi. Anda tidak perlu risau jika ianya ‘membakar’ permukaan kulit kerana jenis perawatan laser ini adalah bukan-ablatif, menyingkir pigmentasi dan celanya, mengurangkan bulu halus pada wajah, selain mampu mencerahkan wajah.
APAKAH RASANYA? Setiap kali tembakan laser dilakukan, akan terasa seperti cubitan atau tusukan jarum halus dalam sesaat (atau kurang). Ianya tidak menyakitkan walaupun itu bergantung kepada tahap dan daya ketahanan rasa sakit pada setiap individu.
Masa yang telah diambil untuk perawatan berkenaan bagi seluruh wajah hanya sekitar 10 minit!
Selesai saja sesi rawatan laser ini, Jelita telah mencuba Omnilux Photodynamic Therapy, satu lagi rawatan tanpa perlu dibedah dan tiada waktu untuk pulih.
Ia adalah pengalaman merelakskan bertujuan merangsang sel-sel dalam kulit tanpa rasa panas pada kulit. Menurut The LifeStyle Clinic, rawatan ini biasa dipadankan dengan teknik menyegarkan kulit sedia ada seperti Botox, laser resurfacing dan pembedahan kosmetik seperti blepharoplasty dan proses mengecilkan payudara.
Mata akan ditutup menggunakan penutup khas dan satu cahaya amat benderang akan dipancarkan kepada keseluruhan wajah. Anda perlukan sedikit masa untuk mata (walaupun ditutup) menyesuaikan dirinya pada keadaan benderang berkenaan.
Cahaya merah (Omnilux Revive) yang dipancarkan mampu merangsang pengeluaran kolagen dan direka untuk memberi tenaga, menyegar dan membantu membaiki kehadiran garis galus, kedutan dan menyekatakan kulit. Selain itu, ia mampu merangsang kelembapan dalam kulit dan menambah keanjalan.
Manakala cahaya biru (Omnilux Blue) dikatakan mampu melawan kehadiran jerawat, memusnahkan bakteria yang bertanggungjawab menghidupkan jerawatn. Selain itu, ia dikatakan mampu mengurangkan sebum berlebihan, bakteria dan inflamasi. Siapa yang ada masalah jerawat, bolehlah cuba!
The post Rawatan Laser Untuk Singkir Tanda Penuaan appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment