Tak tahu nak pergi mana sempena cuti tahun baru ni? Ha! apa kata korang singgah Sentral Bazar dekat Nilai 3. Ada BEST Street FOOD Festival! Perghhh! Pesta makanan kot. Korang yang suka food hunting ini la masanya. Macam-macam makanan ada especially makanan orang Nogori.
Nak makan apa semua ada!
Berlangsung selama tiga hari bermula dari 28 Disember hingga 31 Disember ini. Tapak karnival ini dibuka lebih 12 jam tau! Iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam. Korang memang tak patut lepaskan peluang untuk berkunjung ke Sentral Bazar. Bayangkanlah ada lebih 300 menu yang anda boleh cuba termasuk pelbagai hidangan tradisional, moden, fusion dan banyak lagilah.
Antara menu yang korang boleh try dekat sini ialah Sup Gear Box, Ayam Goreng Berempah Power, Takoyaki, Mangga Float, Teh Ais Sedap, Char Koey teow, Kambing bakar, Ais Cream Berasap, Keropok Lekor, Ayam Uncle Bob, Aneka Sup, Mee Kari, Kerabu Meggie dan macam lagi. Tempat makan berbumbung disediakan. Hujan pun no worries lah! InshaaAllah selamat.
Ada buah-buahan segar! Terbaik!
Tak cukup lagi? Jangan risau dekat sini ada pelbagai jenis buah-buahan yang dibawak terus dari ladang untuk korang. Nak makan buah durian, mata kucing, nangka madu, buah berangan, buah naga, rambutan, buah delima… Cakap je! Semua ada.. Jangan terkejut kalau jumpa durian belanda dengan manggis walau bukan musimnya.
Pelbagai aktiviti… Tak rugi singgah!
Pergh!!! Banyak gila aktiviti antaranya Suppa Duppa, Memancing Ikan Puyu, Memanah, Shooting Range, Hoverboard, Keretapi, Beca Warna Warni, Basikal dan lain-lain. Aktiviti dekat sini berkonsepkan riadah dan santai je, kanak-kanak pun boleh join sekali.
Pelbagai kiosk..Kelengkapan persekolahan pun ada!
Selain makan-makan.. Dekat sini jugak ada pelbagai kiosk yang jual pakaian wanita, pakaian lelaki, aksesori dan macam-macam lagi. Car boot sale pun ada! Macam-macam mereka jual! Paling best sebab ada kiosk pakaian dan barangan sekolah. So, boleh la mai shopping dekat sini. Harga yang ditawarkan memang terbaik!Confirm korang suka.
Karnival makanan terbesar! Cetus kelainan…
Tak dilupakan juga persembahan artis terkenal. Ini meletup! Korang boleh main salji tau dekat Sentral bazar ni! Boleh la buat Orang salji nanti… Feeling-feeling sambut tahun baru dekat overseas gitu! Wah! Dahsyat betul kan BEST Street FOOD Festival @ Sentral Bazar Nilai 3 Negeri Sembilan kali ni? Semua ada! Power!
Jadi apa lagi yang korang tunggu? Ni la masa nak ajak family, tok, tokwan, makcik, pak cik singgah mai BEST Street FOOD Festival @ Sentral Bazar Nilai 3 Negeri Sembilan. Cepat-cepat singgah! 4 hari ja karnival ni oit… Masuk dah sah-sah la percuma. Jumpa korang dekat Sentral Bazar Nilai 3!
0 comments :
Post a Comment