Wakil Malaysia Bakal Sarung Busana Nasi Lemak Ke Miss Universe di Las Vegas

Direka secara unik dengan potongan yang dramatik, kostum kebangsaan yang bertemakan nasi lemak telah didedahkan kepada umum oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James pada pratonton khas yang diadakan di Petaling Jaya semalam.
 

 
Samantha akan memperagakan busana nasi lemak yang unik ini di segmen Kostum Kebangsaan bersama dengan gaun malam rona merah yang menakjubkan yang telah direka oleh pereka fesyen terkenal, Brian Khoo sewaktu pusingan awal di pertandingan Miss Universe yang ke 66 dan seterusnya ke permahkotaan Miss Universe yang akan diadakan di Las Vegas pada 26 November ini.
 

 
Pereka yang dilatih oleh Dior, Brian Khoo telah menggunakan bakatnya untuk menghasilkan busana yang diilhamkan daripada makanan tradisi rakyat Malaysia yang paling disukai iaitu nasi lemak.
 
Mengambil masa lebih daripada 400 jam untuk menyempurnakannya, hasilnya adalah karya asal yang hebat dan sensual. Dihasilkan dengan manik jernih seperti mutiara yang disulam secara tangan pada busana sutera gading untuk mewakili nasi yang dimasak dengan santan manakala batu kristal rona merah garang pula mewakili sambal yang nasi lemak yang digemari ramai. Tidak ketinggalan juga dengan bahan penting dalam hidangan nasi lemak, Brian Khoo berjaya menyusun hiasan telur mata, timun dan ikan bilis ke dalam busana itu untuk menaikkan lagi seri busana tersebut.
 
Tidak lupa juga pada daun pisang yang digunakan untuk membalut hidangan nasi lemak, Brian telah menggunakan batik yang juga salah satu warisan negara yang telah dilukis dengan motif daun pisang untuk melengkapkan keseluruhan busana tersebut.
 

 
Untuk pusingan awal, Brian telah mereka gaun malam berona merah garang dengan potongan seksi untuk memberikan aura feminin pada si pemakai. Fabrik sutera yang digunakan telah direka untuk menyerlahkan lagi bentuk badan Samantha dan ditambah dengan korset merah yang ditaburi dengan kristal Swarovski rona merah yang pelbagai pasti akan membuatkan pakaian ini tampak bercahaya dari dalam. Kaki cantik Samantha pula akan tersembunyi di sebalik stokin jaring lutsinar yang dihiasi dengan kristal Swarovski berkilauan.
 

 
Manakala dalam segmen Cenderahati Kebangsaan, Samantha akan mempersembahkan hasil seni dua dimensi yang berjudul, ‘The Tropical Rainforest’ yang dihasilkan oleh ARCH. Ia dihasilkan dengan menggunakan 10 spesies kayu dan diukir oleh ahli seni ukir yang berpengalaman dan berbakat. Hasil seni ini menggambarkan suasana hutan hujan Malaysia yang kaya dengan flora dan fauna dan juga kediaman bagi spesies burung yang tidak terhitung jumlahnya.
 

 
Turut dihiasi dengan 126 kristal Swarovski pelbagai warna, 60 untuk melambangkan 60 tahun kemerdekaan Malaysia dan 66 untuk mewakili pertandingan Miss Universe yang ke 66. Dibingkaikan dalam bingkai yang diperbuat dari kayu durian, hasil akhir produk seni ini telah menggabungkan tradisi, mutu kerja dan inovasi dari pihak yang terlibat.
 
ARCH juga akan menyediakan hadiah yang akan dipersembahkan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan Miss Universe ke 66. Sementara itu, Traveloka dengan bangga akan menaja penerbangan Miss Universe Malaysia 2017 ke pertandingan Miss Universe di Las Vegas.

The post Wakil Malaysia Bakal Sarung Busana Nasi Lemak Ke Miss Universe di Las Vegas appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment