Beli barangan atas talian mungkin menjimatkan masa dan tenaga namun pernah anda terfikir jika ianya tidak memenuhi kehendak yang anda mahukan?Sebagai contoh, anda membeli produk kecantikan dengan harapan ingin mencuba namun apabila ianya sudah diterima produk tersebut tidak bersesuaian dengan jenis kulit muka anda. Akhirnya, barangan tersebut dibuang dan jelas ia adalah satu pembelian yang rugi.
Di Uya Asia, para pelanggan berpeluang untuk membaca atau menonton ulasan mengenai produk-produk sebelum membelinya. Segala bentuk komen atau pendapat dibuat oleh para influencer, blogger dan duta UYA Asia. Ini membolehkan para pelanggan membuat keputusan yang bijak sebelum mengatur sebarang pembelian.
Dilancarkan di Sheraton Hotel Petaling Jaya, seramai 300 tetamu menghadiri pelancaran laman sesawang ini disamping berpeluang mendekati serta mencuba produk-produk yang dijual di Uya Asia.
UYA Asia memberi platform kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli atau pedagang atas talian untuk mengembangkan sayap perniagaannya dengan lebih tinggi. Bagi memastikan UYA Asia dijamin berkualiti untuk semua lapisan masyarakat, pihaknya menempatkan beberapa peringkat pemeriksaan kualiti yang ketat ke atas para peniaga yang ingin memohon menjadi para pedagang melalui UYA Asia.
Walaupun kebanyakan platform e-dagang di Malaysia menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang namun mereka lebih memfokuskan perkhidmatan untuk akaun-akaun besar berbanding dengan servis yang ditawarkan oleh UYA Asia yang memberikan perkhidmatan pelanggan untuk semua lapisan pedagang tidak mengambil kira besar kecil akaun tersebut.
Layari www.uyaasia.com untuk menikmati pengalaman pasaran atas talian yang menakjubkan.
The post Uya Asia pelopor hab e-pasaran hiburan pertama di Asia appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment