Tip Pilih Pemerah Pipi Ikut Warna Kulit

Salah satu solekan asas yang harus dititikberatkan adalah pemakaian pemerah pipi sebagai pelengkap solekan. Sebelum memakai pemerah pipi, anda perlu tahu tona kulit wajah anda terdahulu. Jelita kongsikan tip memilih pemerah pipi yang sesuai dengan kulit.
 

Gambar: INGimage


 
Kulit Putih Pucat

Sesuai memakai pemerah pipi merah jambu terang kerana ia dapat mewujudkan kesan merah lembut pada pipi anda.
 
Kulit Sawo Matang

Pemerah pipi rona jingga lembut dapat menyerlahkan lagi kecantikan kulit anda kerana ia dapat meningkatkan cahaya yang wujud pada kulit wajah. Mahu warna yang lebih padat, sapukan pemerah pipi bertekstur krim.
 
Kulit Zaitun

Warna kulit seperti buah zaitun sesuai apabila memakai pemerah pipi oren atau merah jambu. Selain dua rona itu, anda boleh oles pemerah pipi coklat cair untuk menambahkan dimensi pada warna kulit. Jika berani, anda boleh sapukan pemerah pipi warna pop seperti merah jambu terang.
 
Kulit Gelap

Anda boleh memakai pemerah pipi merah jambu terang atau jingga kemerah-merahan bagi menyerlahkan wajah. Anda juga boleh menggunakan pemerah pipi dengan tekstur berkilauan untuk memberikan keserian pada bahagian pipi anda.

The post Tip Pilih Pemerah Pipi Ikut Warna Kulit appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment