Kalau korang biasanya masuk, pilih dan bayar bila nak beli baju, semua tu akan berubah bila korang masuk butik Tomorrow Showtime yang akan dibuka di Berjaya Times Square. Butik berkeluasan lebih 10,000 kaki ini diperkenalkan buat mereka yang mahu menyerlahkan kreativiti menerusi fesyen dan seni. Round-round dalam tu sejam tak cukup!
Sebab, Tomorrow Showtime menyediakan banyak ruang, sudut dan koleksi menarik untuk pencinta fesyen dan seni berkarya menerusi idea tersendiri. Menggunakan tagline ‘Couture Is You‘ (CIY), mereka mahu individu di luar tidak segan untuk mempamerkan kreativiti dalam menghasilkan gaya sendiri. Jadi, apa lagi yang menarik?
Ada 30 kaki kaunter customisation bar ‘Couture Is You‘ (CIY) pertama di dunia
Apa yang menarik kat kaunter customisation bar terpanjang di dunia ni? Tomorrow Showtime menyediakan ratusan material untuk anda bermain dengan idea dalam menghasilkan koleksi sendiri.
Korang boleh hias kasut, beg, kaca mata, topi, stoking dan macam-macam lagi ikut kreativiti sendiri! Sama lah dengan tagline mereka, ‘Couture Is You‘ (CIY)!
Perlukan bantuan? Pakar ‘Couture Is You‘ (CIY) sedia membantu!
Kalau korang takde idea atau perlukan bantuan dalam mengembangkan idea, beberapa pakar ‘Couture Is You‘ (CIY) tersedia di kaunter bar untuk membantu. Diorang boleh tolong korang untuk mengembangkan kreativiti sepanjang proses penghasilan produk bagi menghasilkan koleksi yang menawan. Apa yang best adalah servis ni percuma je. So, enjoy!
Kembalikan memori waktu kecil di THE TOMORROWLAND
Tomorrow Showtime bukan sekadar butik, malah korang boleh mengimbau balik kenangan waktu kecil dan mencipta fantasi masa kanak-kanak di galeri THE TOMORROWLAND. Pereka THE TOMORROWLAND datang dari latar belakang berbeza dan mempunyai bakat luar biasa. Mereka bersama-sama mencipta karya kreatif yang unik. Hebat kan?
Lihat koleksi istimewa mereka, The Bianco
Penggemar warna putih, korang patut datang ke Tomorrow Showtime dan lihat sendiri pameran koleksi The Bianco yang melambangkan Kanvas Putih. Lihat koleksi kasut, beg dan bermacam aksesori seperti kaca mata, topi, stoking dan barangan kemas dalam warna putih semuanya!
Malah, korang boleh tonjolkan personaliti dan gaya tersendiri ke atas koleksi The Bianco. Korang bebas untuk mencipta rekaan sendiri yang menakjubkan di ‘Couture Is You‘ (CIY) kaunter bar dengan penggunaan pelbagai material tanpa had. Macam tagline mereka juga, ‘Couture Is You‘ (CIY)! So, korang bebas berkarya!
Kalau tak beli, boleh jalan-jalan dan ambil gambar tau!
Bukan tu je, Tomorrow Showtime juga merupakan tempat pameran dengan keluasan 700 kaki yang menampilkan salah satunya 12 kaki kanvas terbesar dan hasil kerja pereka dari latar belakang berbeza. Mereka adalah antara bakat muda yang baru menapak, pakar ‘Couture Is You‘ (CIY), orang kurang upaya yang bergelar Humans of TOMORROW. Mesti power rekaan diorang ni!
Kalau datang ke Tomorrow Showtime, jangan lepaskan peluang untuk ambil gambar dengan ukiran tangan seni animasi berukuran lebih 12 kaki yang ada di setiap sudut butik. Sekarang korang dah nampak kan yang butik Tomorrow Showtime bukan sekadar butik, tetapi satu lokasi untuk enjoy hasil kreativiti dari pelbagai bentuk dan rupa. Menarik betul!
Ia bakal dibuka 2 November ini dan korang boleh dapat pulangan RM50 UNLIMITED*. Wow!
Sempena meraikan pembukaan Tomorrow Showtime 2 November ni, mereka dengan berbesar hati nak bagi pulangan RM50 UNLIMITED*. Apa yang korang perlu buat hanyalah daftar jadi pelanggan VIP. Cepat daftar, sementara stok masih ada!
Tarikh pembukaan: 2 November 2017
Masa: 10 pagi – 10 malam, dibuka setiap hari
Lokasi: Lot 01-02A-1 & 01-43, Berjaya Times Square
Bukan tu je, bila korang datang semasa pembukaan, korang akan dapat cupcake dan beg kanvas percuma tau! Woohoo!
Dari 2 hingga 5 November 2017: Terhad 1,000 cupcake setiap hari
Dari 2 hingga 5 November 2017: Terhad 100 beg kanvas setiap hariSementara stok masih ada.
Check out laman event Tomorrow Showtime dan layari laman web Tomorrow Showtime untuk maklumat lanjut.
* Tertakluk pada terma dan syarat. Enjoy!
0 comments :
Post a Comment