Shokubutsu Beri Kesedaran Periksa Payudara Sendiri

Shokubutsu menggalakkan wanita memeriksa payudara sendiri di rumah yang bertujuan untuk mencegah kanser payudara.

Penafian diri serta perasaan takut pada diagnosis positif adalah dua sebab lazim mengapa wanita masih berkeras untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara bagi mengesan tanda awal kanser payudara seperti ketulan, benjolan, permukaan kulit yang kasar dan sakit puting atau payudara.

Menurut jenama krim mandian, Shokubutsu, pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi adalah cara utama dan mudah dilakukan oleh setiap wanita bagi kepentingan masa depan mereka. Menegaskan kepentingan mesej ini, Shokubutsu telah melancarkan Kempen Shokubutsu Be My Reason (Pink Ribbon) yang bertujuan untuk melahir dan meningkatkan lebih kesedaran mengenai kepentingan pemeriksaan sendiri payudara serta bagaimana pengesanan awal boleh mengelakkan tekanan, trauma serta kejadian yang tidak diingini.

Kempen Shokubutsu Be My Reason 2017 ini juga memperkasakan kuasa yang dimiliki kaum wanita bagi menjaga kesihatan mereka. Shokubutsu menggalakkan kaum wanita untuk meletakkan keluarga dan insan tersayang sebagai “sebab utama” mengapa mereka perlu menjalankan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi secara harian kerana penyakit ini bukan sahaja menjejaskan kehidupan dan kebahagiaan pesakit, malah ia juga secara tidak langsung memberikan kesan negatif pada yang tersayang.

Shokubutsu menggalakkan wanita untuk menjalankan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain membolehkan pengesanan tanda awal kanser, pemeriksaan sendiri payudara juga membantu wanita untuk berhadapan dan menangani perasaan takut, lalu berikhtiar akan menjaga kesihatan diri sendiri demi orang tersayang.

Kempen ini ialah kesinambungan daripada inisiatif Shokubutsu’s Pledge to Self-Check During Shower, yang telah dilancarkan pada 2015. Sebagai salah satu jenama utama di bawah Southern Lion Sdn Bhd, Shokubutsu berhasrat untuk mengembangkan kesedaran mengenai kanser pembunuh utama di kalangan wanita di Malaysia lalu menjadikan mereka sebagai jenama cecair sabun badan pertama yang mementingkan konsep pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi.

Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Dr Saunthari Somasundaram berkata, pemeriksaan sendiri payudara bukanlah hanya untuk mengesan ketulan atau abnormaliti.

“Apabila anda menjalankan pemeriksaan sendiri payudara, anda akan dapat membiasakan diri dengan rupa bentuk dan struktur payudara supaya peka dengan sebarang perubahan seawal mungkin agar tindakan sewajarnya akan dapat diambil. Jika anda seorang yang pelupa dalam melakukan pemeriksaan payudara, lakukanlah ketika anda sedang mandi kerana sesetengah wanita merasakan pemeriksaan lebih senang dilakukan ketika kulit mereka basah dan licin,” kata Dr Saunthari.

Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara, Shokubutsu akan menyumbangkan 10 sen kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia daripada jualan rangkaian cecair mandian – Shokubutsu Fresh Shower Foam, Shokubutsu World Famous Bathing Series dan Shokubutsu Active Guard Anti-Bacterial Body Wash.

Untuk maklumat lanjut mengenai Shokubutsu Be My Reason campaign, layari http://ift.tt/2z8g2Bo

 

The post Shokubutsu Beri Kesedaran Periksa Payudara Sendiri appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment