Dilancarkan dalam sebuah taman indah dan para tetamu turut dihiburkan dengan aktiviti yang menarik. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di Eco Santuary, para tetamu telah disambut oleh simbol klasik Lancôme, “Ô” yang seterusnya akan membawa mereka ke galeri yang mempamerkan potret personaliti sosial media untuk kempen “Love Your Age” ini. Para tetamu kemudian diiringi ke “Makeup Power House” untuk mencuba produk terkini dari Lancôme, bedak asas Teint Idole Ultra.
Acara bermula dengan ucapan pembukaan oleh Pengurus Besar Bahagian Luxe, Cik Lau Sook Ping yang berkongsi visi Lancôme dan turut memperkenalkan produk rangkaian Lancôme Advance Genifique iaitu Advance Genifique Sensitive, solusi kepada masalah kulit. Empat botol produk ini telah dijual setiap minit dan telah berjaya dijual lebih 15 juta di seluruh dunia.
Lancôme juga turut teruja untuk memperkenalkan bedak asas litupan penuh pertamanya dengan 25 rona warna yang pastinya akan memenuhi keperluan setiap wanita di Malaysia.
“Lebih lama saya hidup, saya menjadi semakin muda,” ini adalah falsafah yang digunakan untuk kempen, “Love Your Age” yang mempamerkan 26 selebriti tempatan dan personaliti sosial media dalam sebuah galeri.
Kempen ini dilancarkan sempena dengan keluaran terbaru Advanced Genifique Sensitive yang diperbuat daripada 98% antioksidan yang boleh membantu menyembuhkan kulit yang bermasalah.
Selain daripada berkongsi rejim penjagaan wajah, Lancôme turut berbangga untuk berkongsi kecantikan dengan semua jenis warna kulit. Lancôme telah mengubah banglo mewah Eco Sanctuary ke salun kecantikan untuk memberikan pengalaman berharga kepada para tetamu untuk mencuba kesemua 25 bedak asas Lancôme dengan bantuan daripada kumpulan jurusolek Lancôme.
Ternyata para tetamu terpikat dengan kemasan bedak asas yang mampu bertahan sehingga 24 jam. Lancôme telah bekerjasama dengan 25 personaliti berpengaruh dari kaum dan keperibadian yang berbeza untuk menjayakan kempen ini.
Lebih 300 tetamu dari pelbagai bidang iaitu kecantikan, fesyen dan juga dari hiburan yang hadir untuk memeriahkan majlis tersebut. Antara nama terkenal yang menyempurnakan senarai tetamu berprestij pada malam tersebut adalah Sazzy Falak, Sarah Lian, Fyza Kadir, Celest Thoi dan juga Thanuja.
Para tetamu juga berpeluang untuk mengambil gambar di buaian gergasi dan juga replika Menara Eiffel setinggi 12 kaki yang dipenuhi dengan bunga mawar. Selain itu, terdapat juga pertandingan video Instagram di mana tetamu harus meniru aksi yang sama seperti aksi yang dilakukan oleh Taylor Hill dalam video kempen Lancôme. Tetamu yang bertuah akan membawa pulang pelbagai perisa coklat daripada jenama pengeluar coklat yang terkenal, Fidani.
The post Lancôme Raikan Kempen Love Your Age dengan Bedak Asas Teint Idole Ultra di Eco Santuary appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment