Selepas 10 bulan menjalinkan hubungan istimewa, kini Selena Gomez dan Abel The Weeknd memutuskan hubungan mereka. Ada kata Selena kembali bertaut cinta pada bekas kekasihnya, Justin Bieber.
“Selena dan Abel mengalami pergolakan dalam hubungan mereka sejak beberapa bulan ini. Ia agak sukar buat Abel yang sedang dalam penjelajahan muzik dan Selena yang sedang dalam penggambaran di New York. Ia agak berat bagi mereka,” kata sumber.
Keputusan untuk putus juga bukan mudah bagi pasangan ini. “Sukar bagi mereka untuk menyedari bahawa ini adalah perkara-perkara yang mereka sedang tuju, tetapi ia agak susah sudah beberapa bulan,” terang sumber lagi yang menidakkan Selena kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Justin Bieber.
Selena telah dilihat meluangkan masa bersama Bieber ketika hujung minggu, yang mana dia pernah berhubungan on and off sejak tahun 2011 sehingga 2015.
Pasangan itu pergi ke gereja bersama dan TMZ sempat merakam mereka sedang bersarapan pagi di sebuah kafe di Westlake Village, California baru-baru ini.
Isnin lalu, Bieber dilihat meninggalkan kediaman Selena di Los Angeles. Bintang Cold Water itu berjaya dirakam memakai baju panas hoodie berona putih yang dipakainya pada hari sebelum dia keluar sarapan pagi bersama penyanyi menawan itu.
Selena dan Bieber telah dikesan bersama sekurang-kurangnya tiga kali sejak minggu lalu. Tidak dinafikan yang mana Bieber pastinya menikmati status solo Selena sekarang ini kerana selama dua tahun dia berusaha untuk kembali bersama Selena.
Bieber juga dikatakan pernah menjadikan The Weeknd sebagai bahan jenaka, meletakkan muziknya dalam video yang dikongsi oleh TMZ. Ia jelas yang mana bekas bintang YouTube itu tidak senang pabila artis tersebut berpacaran dengan cinta hati zaman remajanya.
Namun, seorang sumber dari ahli keluarga Selena memberitahu TMZ yang mana mereka tidak menyetujui pabila Selena kembali berhubung dengan Bieber.
Seorang ahli keluarganya menyatakan, “Justin adalah manusia yang kejam dan tidak akan diterima oleh kami. Selagi dia bercakap dengannya dalam apa cara sekalipun, ia bukan sahaja tidak menghormati semua orang di sekelilingnya, ia juga tidak menghormati dirinya sendiri.”
Perpisahan Selena dan The Weeknd berpunca akibat jadual kerja yang terlalu padat – Abel sibuk dengan jelajah muzik, manakala Selena pula dengan penggambaran sebuah filem Woody Allen yang berjudul A Rainy Day In New York di NYC.
Ia merupakan tahun yang agak mencabar buat Selena yang mendedahkan sebab dia secara senyap-senyap melangkah dari kariernya pada musim panas yang lalu dek kerana sedang pulih dari surgeri pemindahan buah pinggang yang dijalaninya.
The Weeknd dan Selena buat pertama kalinya berhubungan pada Januari lalu pabila mereka dilihat berciuman ketika keluar untuk makan malam romantis.
Setelah beberapa kali keluar bersama, dua bintang popular ini mengumumkan secara rasmi yang mereka menjalinkan hubungan istimewa ketika di Met Gala. Bahkan, Weeknd turut menerima lampu hijau dari ibu kepada Selena, Mandy Teefey.
The post Selena Gomez Putus Dengan Abel The Weeknd, Kembali Bersama Justin Bieber? appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment