Siapa tak suka nasi lemak? Boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia menggemari makanan ini tanpa mengira agama dan bangsa, boleh dinikmati bila-bila masa. Tidak hairanlah apabila satu restoran makanan ringan negara jiran memperkenalkan burger nasi lemak, satu Malaysia kecoh mahu ianya dibawa ke Malaysia.
Miss Universe 2017 pula mengambil langkah berani dengan membuat keputusan membawa dress berinspirasi nasi lemak ke pentas peragaan ratu cantik itu. Untuk tahun ini, Malaysia diwakili Samantha Katie James yang akan membawa cabaran Malaysia bertanding di Las Vegas, 26 November ini
Bukan pakaian kebangsaan rasmi
Pengumuman itu dibuat menerusi siaran live di page Facebook Miss Universe Malaysia Official yang antara lain menyebut dress berkenaan bukanlah pakaian rasmi yang muktamad kerana mungkin ada penambahbaikan yang akan dibuat di pentas akhir ratu cantik itu.
Tidak hanya mengecam, ada segelintir netizen memberi cadangan menarik untuk menambah elemen Malaysia dan sekaligus meningkatkan peluang untuk menang.
Ayam goreng jadi headgear?
Teh ais ikat tepi jadi subang? Padu!
Bawa nasi lemak betul, ajak juri makan bersila!
Ramai netizen yang berpendapat percubaan ini sesuatu yang berani dan memberi kelainan selain mencerminkan Malaysia secara amnya. Ini kerana percubaan demi percubaan membawa elemen tradisi negara seperti wau, wayang kulit dan burung kenyalang dilihat tidak berjaya sebelum ini.
Pada tahun lepas, ratu kita memakai jumpsuit bertema bangunan kebanggaan negara, Bangunan Berkembar Petronas, jadi apa salahnya cuba makanan identiti kita pula kan?
Sumber: Facebook Miss Universe Malaysia , Azlyn Balqis
0 comments :
Post a Comment