Kami Juga Mahukan Kehidupan Baik’ – Zainal Abidin Kecewa, Dakwa Belum Dibayar Pihak Penganjur Sukan Sea

Pada malam Merdeka di stadium kebangsaan Bukit Jalil, ikon pop dan penyanyi tanah air, Zainal Abidin adalah antara yang dijemput untuk melakukan persembahan sempena upacara majlis penutupan Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur 2017 (KL2017). Walau bagaimanapun, dua bulan selepas tamatnya acara, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Hijau’ itu tampil meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak penganjur KL2017.

Dakwa tidak dibayar

Memetik laporan Malaysiakini, Zainal berasa tidak diendahkan pihak pengajur majlis tersebut, yang beliau dakwa belum membayarnya dan artis-artis lain untuk persembahan mereka.

Berkongsi sentimen yang sama, penyanyi Adibah Noor Mohd Omar menerusi laman rasmi Facebooknya turut mengekspresikan keluhan kecewa yang sama terhadap pihak berkenaan yang dianggap memberikan alasan tidak munasabah.

“Sibuk #Bajet2018, bayaran dilambatkan”

 

Berhubung isu ini, Zainal menjelaskan bahawa walaupun mereka tidak hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan, kerja keras mereka harus dikompensasi seperti dalam perjanjian yang ditandatangani di antara mereka dan pihak penganjur. Luahnya kepada portal tersebut,

Bukan sekadar menteri yang mahukan kehidupan mewah, kami artis juga mahukan kehidupan yang baik.

Terbaru, Adibah kongsi bahawa keluhan mereka akhirnya telah sampai ke Kementerian Belia dan Sukan dan artis yang terlibat akan dibayar mengikut perjanjian awal.

Suara telah didengar

Sumber: Malaysiakini , Adibah Noor

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment