Ikea Malaysia Perkenal Satu Bulan Cuti Bergaji Buat Bapa

Bagi meraikan lebih ramai bapa Malaysia yang mengambil langkah aktif dalam penjagaan anak.

Dengan fokus ditumpukan kepada bapa serta betapa pentingnya kehadiran mereka semasa tahun awal, Ikea Malaysia memperkenalkan satu bulan cuti bergaji buat bapa untuk meraikan lebih ramai bapa Malaysia yang mengambil langkah aktif dalam penjagaan anak daripada memberi susu dan mensendawakan bayi kepada ciuman dan pelukan.

“Ikea telah sekian lama memberi perhatian terhadap kehidupan di rumah demi keluarga dan kami mendukung nilai murni orang Sweden – termasuk kesamarataan di tempat kerja dan rumah,” kata Lydia Song, Pengarah Sumber Manusia untuk Ikea Asia Tenggara.

“Kami percaya kedua-dua lelaki dan wanita seharusnya berpeluang terlibat secara aktif dalam membesarkan anak. Pada tahun ini, kami telah memperkenalkan cuti bapa di seluruh gedung dan pejabat kami di Asia Tenggara, bagi membolehkan bapa baru menjaga bayi mereka pada bulan pertama yang menakjubkan itu. Langkah kecil ini kami lihat sebagai arah kepada satu perubahan besar untuk bapa dalam perniagaan kami dan rakan kongsi mereka,” jelasnya lagi.

Bersempena dengan satu bulan cuti bapa bergaji ini, Ikea Malaysia dan Kedutaan Sweden bekerjasama melancarkan sebuah pertandingan foto yang meraikan bapa setempat. Sepuluh bapa terpilih akan memenangi satu sesi bersama jurufoto pemenang anugerah, Johan Bävman dan potret mereka akan dipamerkan bersama pameran Swedish Dads di Balai Seni Negara serta Pusat Membeli-belah MyTOWN.

Tuan Yang Terutama Encik Dag Juhlin-Dannfelt, Duta Besar Sweden ke Malaysia, berharap pertandingan foto dan pameran Swedish Dads bakal meningkatkan kesedaran betapa pentingnya kesamarataan dalam keibubapaan, di mana peranan yang dimainkan oleh kedua-duanya adalah sama penting.

“Kami ingin berkongsi pendekatan orang Sweden terhadap kesamarataan jantina dan cuti bapa, berasaskan kepada kedua-dua ibu bapa memainkan peranan aktif dalam menjaga anak mereka. Kami harap dapat menginspiraskan bapa di Malaysia untuk lebih memanfaatkan pengalamaan yang sangat berharga ini yang seiring dengan sifat keibubapaan yang harmoni dan sama rata. Kami percaya tempat kerja yang mesra keluarga – khususnya faedah cuti bapa – adalah satu situasi menang-menang. Ibu bapa memperoleh kehidupan berkeluarga yang seimbang dan majikan memperoleh pekerja yang lebih produktif dan gembira.”

The post Ikea Malaysia Perkenal Satu Bulan Cuti Bergaji Buat Bapa appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment