Memiliki sistem penghadaman yang sihat amat penting untuk memastikan badan anak anda bebas daripada toksik yang boleh membahayakan tubuh dan membekalkan tubuh anak anda dengan nutrien yang diperlukan. Jelita kongsikan lima cara mudah untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
- Ibu bapa boleh membantu menjaga kesihatan usus anak meeka dengan membuat beberapa perubahan pada diet dan tingkah laku mereka.
- Perkenalkan serat makanan dalam diet harian mereka. Garis Panduan Pemakanan Malaysia untuk Kanak-Kanak dan Remaja menyarankan dua hidangan buahan dan dua hidangan sayuran setiap hari bagi kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun. Pilihan bagi serat makanan berkualiti tinggi termasuklah buah prun, kismis, kacang pea, kekacang, brokoli, sayuran berdaun dan bijian.
- Berikan mereka minum banyak air, terutamanya semasa mereka aktif ataupun kurang sihat. Kanak-kanak berumur dua tahun hingga 3 tahun seharusnya minum dua gelas air sehari manakala kanak-kanak berumur empat tahun ke atas memerlukan enam sehingga lapan gelas air sehari.
- Galakkan kanak-kanak untuk kerap menggunakan tandas dan jadikan ia sebagai rutin harian mereka.
- Cuba sediakan prebiotik dan probiotik di dalam diet mereka- prebiotik seperti frukto-oligosakarida (FOS) dan galakto-oligosakarida (GOS) membantu pertumbuhan bakteria baik di dalam usus, dikenali sebagai probiotik di mana ia membantu mengekalkan persekitaran usus yang baik.
The post 5 Cara Kekalkan Sistem Penghadaman Yang Sihat Untuk Anak appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment