Memang Jodoh Neelofa Dengan…

Jodoh. Itulah yang Jelita anggapkan apabila Lancome Malaysia mengumumkannya sebagai duta pertama dan satu-satunya wanita yang berhijab bagi mewakili jenama antarabangsa ini.

jelita neelofa duta lancome

Daripada Neelofa belum lahir lagi, ibunya sendiri sudah cukup rapat dengan jenama ini. Dia sempat berkongsi detik istimewa bagaimana ibunya mendapat inspirasi untuk menamakannya Neelofa sewaktu berada di depan kaunter Lancome di Hankyu Jaya, Kota Bharu! “Mama (Datin Noor Kartini) ternampak seorang budak kecil, anak rakannya yang sangat comel. Nama si kecil itu adalah Neelofa dan terus Mama berkenan akan nama itu,” kongsinya dalam ucapan pembukaan sewaktu majlis pengumuman Declaring Happiness with Neelofa & Lancome, hari ini.

Aktres Suri Hati Mr Pilot ini turut berkata, dia sendiri adalah peminat dan pengguna produk Lancome sejak dulu selain sudah lama bekerjasama dan amat serasi dengan jenama antarabangsa ini untuk projek terdahulu.

Ditanya akan pemilihan Neelofa sebagai duta apatah lagi dia wanita Islam yang berhijab, Caroline Foo, Pengarah Jenama Kumpulan bagi Lancome berkata: “Neelofa adalah seorang ikon dan jenama Lancome juga ikonik. Lancome sudah lama bekerjasama dengan wanita yang datang daripada pelbagai latar belakang. Kami percaya, meletakkannya sebagai duta Lancome Malaysia adalah pilihan yang tepat kerana dia mampu mewakili kepelbagaian dan nilai yang kami cuba ketengahkan.

jelita neelofa duta lancome

“Kolaborasi pertama kami adalah menerusi wangian yang mengetengahkan inti pati cinta. Boleh dikatakan hubungan Lancome dan Neelofa juga adalah berputik daripada cinta. Ia adalah satu hubungan yang tulen.

“Malah, Neelofa sendiri pengguna dan sukakan produk keluaran Lancome, menjadikan kolaborasi ini satu ‘jodoh’ yang tepat. Dia juga dikenali sebagai wanita yang tidak gentar menyuarakan pendapat dan apa yang dipercayainya. Sama seperti nilai jenama ini. A perfect match!,” katanya. Ketika ini, Lancome membariskan Kate Winslet dan Julia Roberts sebagai duta antarabangsanya.

Sementara itu, Neelofa yang kelihatan anggun dalam persalinan biru langit dan putih bercakap, dia amat gembira dengan perlantikan ini dan tidak sabar untuk memulakan tugasannya sebagai duta.

Memulai detik baru sebagai duta Lancome, Neelofa akan diterbangkan ke Paris untuk menemui team antarabangsa di sana. Di situ, pengacara Meletop ini akan mendalami ilmu mengenai produk, melawati makmal pembuatan produk selain bertemu dengan jurumekap antarabangsa Lancome.

“Produk pertama saya daripada Lancome adalah gincu, kerana semua wanita pasti tidak dapat hidup tanpa koleksi gincu yang lengkap,” katanya dalam sidang media selepas majlis pengumuman di Eco Sanctuary World.

Ternyata, rezeki Neelofa makin murah dan perjalanan kariernya kian cerah kerana ketika ini masih dengan penggambaran drama bersiri Red Velvet yang menggandingkannya dengan Aliff Aziz. Minggu lalu, dia telah menghadiri acara gilang gemilang Swarovksi di Milan, Itali dan dilihat sebaris dengan bintang antarabangsa seperti Karlie Kloss, Naomi Campbell dan Alessandra Ambrossio.

 

Ditanya berapa lama usaha sama antara Lancome dan Neelofa ini, aktres itu berkata, dia berharap untuk terus membesar dengan jenama ini. “Saya bakal memasuki usia 30 tahun, bolehlah promosi produk 30-an kemudian 40-an pula nanti,” selorohnya.

Dia juga bakal menggunakan platform media sosial sedia ada untuk mendekatkan jenama Perancis ini dengan pengikutnya yang kini mencecah lima juta di Instagram. “Ia sangat membantu dalam mengetengahkan Lancome, kaedah yang lebih terkesan. Ada banyak yang akan saya lakukan!” katanya. Maka, tunggu dan lihat…

The post Memang Jodoh Neelofa Dengan… appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment