3 Helah Mudah Dan Murah Untuk Kulit Tampak Muda

Setiap wanita inginkan kulit wajah yang sentiasa tampak muda dan ada yang sanggup menghabiskan masa dan wang untuk mendapatkan kulit wajah yang diidamkan. Namun, tidak semua kaedah itu berkesan dan ia juga boleh memudharatkan kesihatan anda. Jelita senaraikan tiga helah mudah dan murah untuk kulit wajah yang sentiasa tampak muda yang boleh anda cuba.
 

 
Meremajakan Kulit Wajah

Bahan yang diperlukan:

  • Serbuk kopi: Pilih jenis kopi yang dibakar di dalam cezve kerana serbuk kopi ini sangat halus dan ia tidak akan merosakkan kulit anda.
  • Susu: Gunakan susu rendah lemak
  • Mangkuk
  • Sudu untuk menyapukan topeng pada wajah. Elakkan dari menggunkan berus kerana serbuk kopi itu boleh melekat pada bulu berus.

Cara membuatnya:

  1. Tuangkan kopi ke dalam mangkuk dan kemudian, tambahkan susu. Pastikan campuran itu pekat. Berhati dengan campuran nisbah susu.
  2. Sapukan masker pada wajah anda dan elakkan kawasan mata.
  3. Biarkan selama 10 hingga 15 minit untuk bahan masker meresap ke dalam kulit.
  4. Basuh masker dengan menggunakan air suam.

Kelebihan sifat regeneratif biji kopi dapat membantu meremajakan kulit wajah, membantu aliran darah dan kulit anda akan menjadi lebih sihat.
 

 
Mencegah Dan Menghilangkan Kedutan Pada Wajah

Untuk mencegah dan menghilangkan kedutan pada wajah, cuba gunakan vaseline. Sapukan vaseline pada wajah anda. Sapukan di bawah mata dan bibir setiap malam. Penting sekali untuk mencuci wajah anda sebelum menggunakan bahan berlemak ini. Sapukan vaseline ketika wajah anda masih lagi basah. Pada waktu pagi anda akan dapat melihat perbezaan pada kulit anda. Ia akan menjadi lebih lembut dan tegang.
 

 
Mencerahkan Bawah Lengan

Campurkan air ros dan serbuk penaik untuk membantu mengelupaskan sel kulit mati. Buat campuran yang pekat untuk digunakan sebagai skrub. Kemudian, basuh dengan air suam dan keringkan bawah lengan anda.

The post 3 Helah Mudah Dan Murah Untuk Kulit Tampak Muda appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment