Artis Korea amat diminati ramai. Bukan hanya bakat seni mereka yang dikagumi tetapi juga rupa paras artis Korea itu sendiri yang turut menjadi pujaan. Tidak dinafikan rahsia kecantikan mereka adalah rutin penjagaan kulit yang insentif. Jelita senaraikan sembilan tip cantik seperti selebriti Korea.
Gambar: Instagram
Mencuci
Biasanya mereka akan melakukan cucian dua kali. Cucian pertama untuk membuang solekan pada keseluruhan wajah. Seleas bilas bersih, cuci sekali lagi dengan menggosok perlahan kulit bagi merangsang peredaran darah.
Toner
Bertindak mengimbangi pH kulit dan menyediakan kulit anda untuk menerima manfaat atau khasiat produk penjagaan kulit lain yang digunakan selepas toner.
Essence
Sapu dengan cara ke atas pada pipi juga dahi. Essence membantu merawat kulit dan meningkatkan keupayaannya menyerap dengan mendapat manfaat produk lain.
Serum
Mereka tidak hanya menggunakan satu serum. Paling kurang mereka menggunakan tiga jenis serum yang khusus untuk menanggani masalah kulit tertentu seperti anti penuaan, merawat tompok hitam dan menghidrat.
Pupur/ Topeng perawatan kulit
Gunakan pupur atau topeng perawatan kulit dua kali seminggu. Sebaik-baiknya lakukan rawatan ini sebelum menggunakan toner.
Krim mata
Sapukan krim mata dua kali sehari, pagi dan malam. Ratakan secara tekan dengan perlahan menggunakan hujung jari. Jangan sekali-kali gosok.
Pelembap/ Topeng perawatan malam
Pada waktu siang, gunakan krim pelembap dan krim khusus sebelum tidur. Sekali-sekala gunakan topeng perawatan malam.
Semburan (mist)
Wanita Korea juga akan menyembur air perawatan kulit pada wajah mereka beberapa kali sehari bagi memastikan kulit wajah mereka kelihatan kekal segar
Rawatan wajah
Sekali-sekala, dalam dua minggu sekali atau sekali sebulan mereka akan lakukan rawatan muka di spa atau klinik pakar kulit.
The post Tip Cantik Seperti Selebriti Korea appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment