‘Maaf Adik & Anak-Anak Papa Yang Lain Kalau Ada Kekurangan’- Ucapan Sayu Norman Hakim Sempena Hari Jadi Anaknya

Bagi yang ikuti perkembangan Norman Hakim di Instagram, pastinya anda tahu bahawa Norman merupakan seorang ayah dan ‘family man’ yang sangat baik dan bertanggungjawab. Walaupun sibuk dengan perniagaan serta jadual lakonan, Norman tetap akan ambil masa untuk luangkan masa bersama keluarga. Malah, hubungan dengan bekas isteri, Abby Abadi pun masih baik.

Baru-baru ni, Norman telah meraikan hari jadi anak perempuannya Marissa Dania Hakim yang ke-12. Sempena ulangtahun anaknya yang comel itu, Norman buat ucapan ‘birthday’ di Instagram. Cara ucapannya pun kita tahu bahawa Norman seorang ketua keluarga dan bapa yang ambil berat tentang perihal anak-anaknya.

‘Doa papa pada uolls tak pernah sekalipun putus..’

You’re officially 12 years old sayang…??

Papa simplifieskan words papa sbb papa tawu kalau papa nak explain mcmana sayangnya papa kat adik & anak2 papa yang lain,perjalanan sejuta tahun cahaya pun takkan habis untuk papa luahkan ‘rasa’ itu

Papa nak adik & anak2 papa yang lain tawu yang doa papa pada uolls tak pernah sekalipun putus utk pastikan adik & anak2 papa sentiasa selamat,sentiasa bahagia,sentiasa tenang & sentiasa dilimpahi kasih sayang dibawah lindunganNya 24/7 pagi,petang,siang & malam.Itu je ‘senjata’ yang papa ada iaitu DOA yg in shaa allah mabrur dari seorang papa sbb satu hari nanti DOA adik & anak2 papa yang lain adalah ‘senjata’ & penyelamat kpd papa pulak di ‘kehidupan’ yang lagi satu dari anak2 yg soleh & solehah in shaa allah

‘Seimbangkan dunia akhirat..’

Terima kasih sbb sentiasa bagi peluang kpd papa utk jadi ‘superhero’ uolls.Ampun maaf adik & anak2 papa yg lain kalau ada kekurangan dari papa yg serba tak sempurna ni dalam membesar & bagi kebahagiaan & kasih sayang pada uolls.Segala kekurangan tu datang dari papa & sentiasa ingat segala kebaikan,kebahagiaan,kasih sayang,dapat selalu jalan2,dapat makan sedap2 tu semua adalah dariNya
Papa cakap nak ‘simplifieskan words’ tapi tgk mcm dah berjela je?Sikit je lagi

Sentiasa bersyukur dgn apa jugak yg Allah bagi ye sayang.Seimbangkan dunia akhirat.Kejar akhirat umpama kita akan mati bila2 masa,in shaa allah dunia akan kejar kita balik umpama kita akan hidup 1000 tahun lagi.Last but not least,put Allah s.w.t first in shaa allah u’ll never ever be last

Sanah Helwah sayang solehah @marissa_dania_hakim papa.Papa sayang adik & anak2 papa yg lain sgt2 sbb cinta papa pada Allah & uolls BUKAN CINTA BIASA.Semoga ianyanya kekal sampai bila2…Aamiin YRA??

Sumber: Instagram Norman Hakim

The post ‘Maaf Adik & Anak-Anak Papa Yang Lain Kalau Ada Kekurangan’- Ucapan Sayu Norman Hakim Sempena Hari Jadi Anaknya appeared first on OHBULAN!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment